Thursday, February 7, 2013

Assalamualaikum.

Yeay, dah 10262 viewers. Terima kasih.

Friday, July 27, 2012

Resepi Cream Puff inti Kastard.

Assalamualaikum wbt.

Heyyo, gila lama tak tulis blog. Hewhew. Jeles tengok orang post entri pasal resepi. So, aku tak nak kalah. Mari share resepi cream puff. Cream puff yang sangat senang. Rasanya budak darjah enam pun boleh buat. Kelllas! Eh haritu buat aku buat cream puff untuk iftar. Tapi aku yang habiskan. Huhaho. Cream puff? Here we go!

Bahan untuk puff pastry
50 g mentega
125 ml air
75 g tepung gandum
1 biji telur + 1biji  kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Garam secukup rasa

Bahan untuk kastard
1 cawan susu segar
3 sudu tepung  kastard
4 sudu gula

Steps:

  1. Panaskan oven.
  2. Jerang air dan mentega sampai mentega cair. Masukkan garam dan tepung.Kacau dengan senduk kayu sehingga adunan tak melekat pada kuali/periuk. Guna api perlahan ye uolls.
  3. Matikan api. Alih adunan ke dalam mangkuk pemutar.Bila adunan dah suam pukul adunan guna mixer dengan speed sederhana. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul sampai sebati seia sekata. Heh.
  4. Sapu dulang pembakar dengan sedikit mentega. Isi adunan dalam piping beg dan pipe kan adunan atas dulang tadi tu.
  5. Bakar sampai puff tadi kekuningan / garing. (dalam 15-20 min)
  6. Untuk kastard pulak, satukan semua bahan untuk buat kastard. Masukkan dalam periuk. Masak dengan api perlahan sampai pekat dan licin. Jangan stop kacau kastard tu sebab kalau tak kacau kastard akan jadi berketul-ketul meh.
  7. Lepas puff dah masak dan dah suam sikit, potong site tengah puff tu untuk masukkan kastard. Kalau nak senang, masukkan kastard dalam piping beg. Wehoo.
  8. Cream puff sedia untuk ditelan.


Senang macam nak makan kan? Yeah. Kalau buat comel-comel untuk sekali ngap je dapat la dapat 20 ketul kalau guna resepi kat atas ni. Kalau takde piping beg, guna plastik beg pun boleh. Ya.

Selamat membuat cream puff eberibodi! Cun tak header baru aku?




Sunday, March 4, 2012

Kalau Dulu

Assalamualaikum wbt.

Kalau dulu aku nak sangat rasa pergi sekolah naik bas warna kuning tu. Sekarang nah rasakan, kena tunggu bas pag-pagi. Itu pun untunglah kalau ada bas, kalau tak jalan kaki lah kau Jah.

Kalau dulu aku nak sangat rasa macam mana lah agaknya Amalina boleh study depan tv. Sekarang nah rasakan kebisingan rumah sendiri.

Kalau dulu aku nak sangat rasa duduk rumah taman or area rumah yang banyak jiran. Sekarang nah rasakan duduk dengan pelbagai bangsa.

Kalau dulu aku ada Fynn,Kuzco,Bella and Ster (Ghandie prefect yang tak pernah tidur hewhew) untuk teman tidur waktu perhimpunan hari Isnin.Sekarang aku rindu mereka.

Kalau dulu aku ada Wani and Fify yang boleh menggila bersama,jogging bersama,buat tutorials bersama dan supper biskut cicah teh o bersama. Sekarang aku belum jumpa lagi kawan macam diorang.Sobs T__T

Kalau dulu aku nak sangat pergi Icity sebab kalau tangkap gambar kat sana bajet macam dekat Korea. Sekarang nah rasakan, hari-hari boleh pergi.

Kalau dulu aku semester 1,budak hingusan yang tak tahu apa-apa. Sekarang aku dah jadi senior.Cewahh

Selamat datang hidup baru,semester,Just cant imagine cemmane lah hidup aku dudul dekat rumah sendiri,pergi kelas naik bas,etc.
Ya Allah permudahkanlah urusanku.

Tuesday, February 28, 2012

Live,Love,Doa,Laugh,Learn.

Assalamualaikum wbt.

Sometimes Photoscape works better than Adobe Photoshop. Believe me. Aku takde Adobe pong.Bimbo!








Monday, February 13, 2012

RM1,000,000 Money Drop (Online)

Assalamualaikum wbt.

Fikir.Labur.Menang.
Eceh, rasa dah macam Dato' AC Mizal pulok dah. Yeah. Inilah kecintaanku sejak bermenjak-menjak ini. Hewhew. One thing yang aku suka tengok gameshow ini, sebab menguji tahap general knowledge penonton! Bila dah tengok barulah tahu tahap kebebalan general knowledge sendiri. Bimbo. So, untuk menguji hebat tak hebat aku dengan general knowledge di dada mari kita bermain RM1,000,000 Money Drop secara maya atau online dalam bahasa yang mudah difahami. Harharhar.

Kalau dah main online of course lah duit RM1j tu takde depan mata. Tak macam orang yang main dalam studio. Eksklusif hoi. RM 1j memang depan mata, for real oh! Guwe dekat rumah sentap je tengok,T____T

So, cara bermain secara online sangat senang. Just login to MoneyDropMY.Then, dah boleh main! Heyyy ho! Nak Play Along pun boleh, bermain serentak dengan peserta di studio macam aku buat. Debaran dup dap jantung sama rasanya macam dalam studio. Eceh. Yeah mari cabar diri anda!


Kalau siaran di tv sedang iklan, pemain online juga disajikan dengan iklan.



Yes, lihatlah betapa bijaknya haku, melaburkan RM 1j di petak jawapan AGONG YANG PERTAMA! Siapa yang taktahu jawapannya pergi terjun lombong lah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...