Thursday, February 7, 2013

Assalamualaikum.

Yeay, dah 10262 viewers. Terima kasih.

Friday, July 27, 2012

Resepi Cream Puff inti Kastard.

Assalamualaikum wbt.

Heyyo, gila lama tak tulis blog. Hewhew. Jeles tengok orang post entri pasal resepi. So, aku tak nak kalah. Mari share resepi cream puff. Cream puff yang sangat senang. Rasanya budak darjah enam pun boleh buat. Kelllas! Eh haritu buat aku buat cream puff untuk iftar. Tapi aku yang habiskan. Huhaho. Cream puff? Here we go!

Bahan untuk puff pastry
50 g mentega
125 ml air
75 g tepung gandum
1 biji telur + 1biji  kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Garam secukup rasa

Bahan untuk kastard
1 cawan susu segar
3 sudu tepung  kastard
4 sudu gula

Steps:

  1. Panaskan oven.
  2. Jerang air dan mentega sampai mentega cair. Masukkan garam dan tepung.Kacau dengan senduk kayu sehingga adunan tak melekat pada kuali/periuk. Guna api perlahan ye uolls.
  3. Matikan api. Alih adunan ke dalam mangkuk pemutar.Bila adunan dah suam pukul adunan guna mixer dengan speed sederhana. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul sampai sebati seia sekata. Heh.
  4. Sapu dulang pembakar dengan sedikit mentega. Isi adunan dalam piping beg dan pipe kan adunan atas dulang tadi tu.
  5. Bakar sampai puff tadi kekuningan / garing. (dalam 15-20 min)
  6. Untuk kastard pulak, satukan semua bahan untuk buat kastard. Masukkan dalam periuk. Masak dengan api perlahan sampai pekat dan licin. Jangan stop kacau kastard tu sebab kalau tak kacau kastard akan jadi berketul-ketul meh.
  7. Lepas puff dah masak dan dah suam sikit, potong site tengah puff tu untuk masukkan kastard. Kalau nak senang, masukkan kastard dalam piping beg. Wehoo.
  8. Cream puff sedia untuk ditelan.


Senang macam nak makan kan? Yeah. Kalau buat comel-comel untuk sekali ngap je dapat la dapat 20 ketul kalau guna resepi kat atas ni. Kalau takde piping beg, guna plastik beg pun boleh. Ya.

Selamat membuat cream puff eberibodi! Cun tak header baru aku?




Sunday, March 4, 2012

Kalau Dulu

Assalamualaikum wbt.

Kalau dulu aku nak sangat rasa pergi sekolah naik bas warna kuning tu. Sekarang nah rasakan, kena tunggu bas pag-pagi. Itu pun untunglah kalau ada bas, kalau tak jalan kaki lah kau Jah.

Kalau dulu aku nak sangat rasa macam mana lah agaknya Amalina boleh study depan tv. Sekarang nah rasakan kebisingan rumah sendiri.

Kalau dulu aku nak sangat rasa duduk rumah taman or area rumah yang banyak jiran. Sekarang nah rasakan duduk dengan pelbagai bangsa.

Kalau dulu aku ada Fynn,Kuzco,Bella and Ster (Ghandie prefect yang tak pernah tidur hewhew) untuk teman tidur waktu perhimpunan hari Isnin.Sekarang aku rindu mereka.

Kalau dulu aku ada Wani and Fify yang boleh menggila bersama,jogging bersama,buat tutorials bersama dan supper biskut cicah teh o bersama. Sekarang aku belum jumpa lagi kawan macam diorang.Sobs T__T

Kalau dulu aku nak sangat pergi Icity sebab kalau tangkap gambar kat sana bajet macam dekat Korea. Sekarang nah rasakan, hari-hari boleh pergi.

Kalau dulu aku semester 1,budak hingusan yang tak tahu apa-apa. Sekarang aku dah jadi senior.Cewahh

Selamat datang hidup baru,semester,Just cant imagine cemmane lah hidup aku dudul dekat rumah sendiri,pergi kelas naik bas,etc.
Ya Allah permudahkanlah urusanku.

Tuesday, February 28, 2012

Live,Love,Doa,Laugh,Learn.

Assalamualaikum wbt.

Sometimes Photoscape works better than Adobe Photoshop. Believe me. Aku takde Adobe pong.Bimbo!








Monday, February 13, 2012

RM1,000,000 Money Drop (Online)

Assalamualaikum wbt.

Fikir.Labur.Menang.
Eceh, rasa dah macam Dato' AC Mizal pulok dah. Yeah. Inilah kecintaanku sejak bermenjak-menjak ini. Hewhew. One thing yang aku suka tengok gameshow ini, sebab menguji tahap general knowledge penonton! Bila dah tengok barulah tahu tahap kebebalan general knowledge sendiri. Bimbo. So, untuk menguji hebat tak hebat aku dengan general knowledge di dada mari kita bermain RM1,000,000 Money Drop secara maya atau online dalam bahasa yang mudah difahami. Harharhar.

Kalau dah main online of course lah duit RM1j tu takde depan mata. Tak macam orang yang main dalam studio. Eksklusif hoi. RM 1j memang depan mata, for real oh! Guwe dekat rumah sentap je tengok,T____T

So, cara bermain secara online sangat senang. Just login to MoneyDropMY.Then, dah boleh main! Heyyy ho! Nak Play Along pun boleh, bermain serentak dengan peserta di studio macam aku buat. Debaran dup dap jantung sama rasanya macam dalam studio. Eceh. Yeah mari cabar diri anda!


Kalau siaran di tv sedang iklan, pemain online juga disajikan dengan iklan.



Yes, lihatlah betapa bijaknya haku, melaburkan RM 1j di petak jawapan AGONG YANG PERTAMA! Siapa yang taktahu jawapannya pergi terjun lombong lah!

Monday, January 30, 2012

Siapa Perlu Buat Keputusan?

Assalamualaikum wbt.

Keputusan. Memang susah untuk buat keputusan. Boleh pecah kepala kalau nak buat keputusan yang melibatkan arah tuju hidup kita. Oh memang perlu istighfar ingat Allah kalau perlu membuat keputusan yang mencabar kemampuan diri yang hina ini. Eceh.

Kalau hang out dengan geng-geng Mulut Becok or mana-mana kawan pun, mesti segala keputusan di tangan aku. Memang semua keputusan yang aku buat semuanya betul dan wajar dihati kecil mereka. Hewhew. Gelak nampak gigi rabbit. Aku pun taktahu eh dah kenapa dengan diorang ni, nak makan dekat mana, nak main bowling or tengok wayang, nak balik pukul berapa, nak pergi toilet ke tak, nak kena usya ke tidok brader dengan DSLR dekat depan tu (waktu makan Mekdi, pengsan), memang semua keputusan aku yang kena buat. Oh sememangnya dunia memang adil kepadaku sampai bila-bila kalau hidup dengan kawan-kawan cenggini. Har har har.

Hoyeah, keputusan yang diambil hari ini adalah semasa membuat Makaron. Kalau baca resepi yang betulnya, makaron  should be put on baking paper or kertas minyak sebelum masuk dalam oven. Tapi disebabkan segala ingredients dah ada dekat dapur except baking paper/kertas minyak yang takde, satu keputusan telah diambil. Yes guna kertas A4 sahaja. Semangatnya nak buat makaron memang tahap MegaTeraGiga. Takde orang dapat lawan Datin Maimon ni hoi.

At last, kau tengoklah makaron aku!


 Berlubang di tengah, texture sangat worst, surface makaron macam tar tak habis turap (Abangla lari balik Nepal)




Semput tak semput kau? Penat aku gebang-gebang dekat Abah, " Makaron ni cookies orang French bah" (shame on me) Malu sendiri bila makaron tak boleh letak filling Nutella. Makaron berlubang di tengah. Kau hado?Bimbo!

Tapi guwe pelik betullah, Abah boleh cakap " Oh very good! Sedaplah macam gula kapas!" Seriously, nak lari satu Stadium UiTM.

Moral of the story, keputusan yang dibuat dengan memikirkan pros and cons nya. Hoho. Jangan ingat nak cepat siap sahaja. Terimalah keputusan kau tak layak untuk masuk Masterchef. Audition pun belum tentu lepas.Sigh.

p/s: Performace Alyah and my only FT on AJL26 sangat awesome! Congratulations to both of them.Heh!

Thursday, January 19, 2012

Photo Editing.

Assalamualaikum wbt. Hai Jibam Jibam sekalian.

Hey! Aku dah sampai Melaka. Waktu berehat-rehat sudah kembali. Rasa macam semacam je bila dah 2,3 hari bangun tidur tanpa habuk pemadam dimuka dan pipi, tiada juga kertas-kertas yang dah ronyok sebab tuan punya katil tidur ganas dan tiada juga dakwat pen dan highlighter di cadar, muka,baju,seluar, kaki tangan etc. Hewhew melampau. 

Satu hobi yang aku dah lama tak buat semenjak dua menjak ni. Photo Editing. Oh rindu. Heh.

Ambil angin di sawah yang tenang.


Hidup dan hak Melayu yang harus dipertahankan. Eceh, prop untuk assigment subjek ADM , merakam semula babak filem 1957: Hati Melaya.  



Kamilah pelakon, kamilah scriptwriter, kamilah cameraman, kamilah director, kamilah producer, kamilah budak prop. Semuanya kami. Rindu nak shooting macam Fasha Sandha. Pergi set panas-panas, hafal skrip. Tipu!


Menghabiskan masa di China Town!

Cuti semester baru nak mula. Banyak benda dah rancang dalam otak. Chalo.

Saturday, January 14, 2012

Serabut 2012 (PART II)

Salam.

Angin satu badan. Mari minum Nescafe. Mari belajar Thermodynamics. Bertahan lah wahai mata, hati, jasadku, tinggal satu paper je lagi.


Saturday, January 7, 2012

Serabut 2012

Assalamualaikum wbt.Heyya peeps!

Mulanya aku nak tulis entri pasal Datin Maimon (Afdlin Shauki the super talented person) tapi memandangkan otak tengah serabut dengan Final exam dan permohonan kolej yang gagal meme aku tak akan cerita pasal Datin Maimon lah sekarang kan.

Oh jiwa rasa sakai gila. Kolej tak dapat meyh. Probability untuk dapat yang rayuan pun tipis. Mana aku duduk semester depan? Merempat bawah jambatan? Bertapa dekat fakulti? Okay nak kahwin cepat-cepat.*Takde kena mengena* Hewhew


Saturday, December 31, 2011

Goodbye 2011, Hello 2012

Assalamualaikum wbt.Happy New Year everibodi;)

Rasa macam tak senang duduklah kalau tak ngepost entri on the last day of 2011. Huhh. Sepanjang berblogwalking hari ini memang semua orang dah review depa punya cerita sepanjang 2011. Macam-macam ada, pahit manis kurang masin pun hado. Kau hado?

Oh year 2011 sangat best. Bermula dengan pointer Final Xm Foundation yang agak melegakan hati then dapat continue dalam engineering field dah cukup baik untuk aku. Syukur. At least aku dah fulfill hajat Abah Ibu nak tengok anak dia sambung study.

Suasana, traffic light kaler merah dekat area bandar Melaka.

" Perghh, depan ni Honda Civic yang baru ni. Bilalah nak merasa. Tunggu Kakdek kerjalah nanti yo. Huhh anak #!!#!#! beli 80k oh, itupun secondhand punya kalau firsthand ni mau kena 100++k ni" , Abah.

Aku buat muka seposen

" Nanti dah kerja simpankan abah bangg 50k, boleh buat down payment. Nanti bulan-bulan takdelah semput nau nak bayau.Heheh"

Woi woi aku dengar yang semput dulu. Hahah. Kalau ada rezeki tak kemana Honda Civic tu. Bukan setakat Honda Civic, Audi R8 pun I sanggup beli.*Pengsan


Sebelum ni aku tak pernah buat wishlist. Rasa macam loser gila bila tengok wishlist orang lain nak ada iPad 2 lah, nak kahwin lah bagai blaa blaa bla. Kekadang rasa eh aku hidup macam takde matlamat. Ahh terasa loser lagi. Boo lah kau Maimun.

Untuk tahun 2012 memang ada wishlist.Hewhew.
  • DSLR
  • Improve akhak,aqidah
  • Dean's list(poyo)
  • Dean's list(insyaallah)

See? Aku tak rasa orang lain punya wishlist sependek wishlist aku. Har har har. Lat but not least, Happy New Year youh!




Wednesday, December 28, 2011

Quality Time

Assalamualaikum wbt. Ohoi:)

Yes! Lepas sebulan lebih tak balik rumah akhirnya aku balik juga hari Sabtu lepas. Kepoyoan diri yang nak pulun study sampai final xm tidak kemana-mana pun dek kerana semua roommate baik rumah. Tak mungkin aku nak tinggal sorang-sorang dekat bilik yang penuh misteri ini. Booo *bilik guwa bau asap rokok der, guwa rasa nak report dekat pegawai kolej je*

Quality time. Kalau orang yang dah kahwin mesti cakap quality time diorang adalah waktu malam. Aww. Tidak bagi aku sebab aku belum kahwin, and my quality time adalah ketika famili aku berada bersama aku. Tak kiralah, makan cendol kat kedai mamak tepi jalan sama-sama famili pun aku dah rasa itu quality time yang patut aku hargai. Kapak gila aku!

Oh seriuosly, kalau dah duduk jauh-jauh memang rasa sayang melimpah ruah kat famili. Webcam dengan famili pun rasa macam dah terghejal gila. Hewhew. Tak tau lah cemne kalau dah ada famili sendiri nanti. Bluek.

Saturday, December 17, 2011

My First Tutti Frutti

Assalamualaikum wbt.

Setelah berpulun study di kolej untuk 5 tests minggu hadapan, aku perlu merehatkan minda yang bercelaru. Hewhew. Tertunai juga hasrat nak melantak Tutti Frutti Seksyen 7. Gamaknya haku. Masa dekat Melaka aku memang kempunan gila nak makan Tutti Frutti almaklumlah, dekat Melaka pun baru bukak outlet Tutti Frutti (a few weeks ago kot). So selama ni, memang aku dengar jelah orang dok gebang-gebang pasal Tutti Frutti sedaplah, dah makan sekali mesti rasa nak makan lagi la bla bla bla.

Dan harini ni terbuktilah Tutti Frutti memang sedap. Aku siap bawak cikgu lagi untuk guide aku apa nak kena buat.topping apa yang mahal and bla bla bla. Thanks Lyka:)

So, lepas ni memang kerja aku dok melepak jelah dekat Tutti Frutti. Serius sedap tak tipu. Ahaks





Penggila yogurt yang belum merasa Tutti Frutti ni harus bertindak segera. Eceh. Yogurt baik untuk kesihatan!



Thursday, December 15, 2011

Webcammie With Classmie

Assalamualaikum wbt. Hai dunia:)

Ohoh. Aku konfius dengan tajuk entri sendiri. Bimbo. Takmau cakap banyak, sepak bola pun tak kena (Oh itu bukan Nazmi Faiz) mari kita tengok benda yang boleh buat usus terbelit. Ahaks.










 Alien anak Mak Jemah tertinggal UFO.Gonjeng.


Eh Shah Alam dah bersalji. Kau hadoo? 



Salah satu terapi mengurangkan stress adalah dengan senyum/ketawa. Percayalah stress bukannya barrier yang boleh merosakkan perjalanan hidup kita. Eceh, sudahlah Timah, sambung study! Kbye. 

p/s: Selamat naik takhta Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Daulat Tuanku.

Thursday, December 8, 2011

Perkara Paling Menyakitkan Hati Untuk Orang Yang Tinggal di Asrama/Hostel/Kolej

Assalamualaikum wbt. Hai.

Untuk aku orang yang dah berpengalaman hidup di asrama dan kolej ni dah memang masak dengan beberapa perkara yang sangat menyakitkan hati berlaku kepada diri yang sirna ini. Ohoh. Biasalahkan hidup ramai-ramai mesti ada perkara yang tak kena.Nama pun Asrama/Kolej, bukannya rumah sendiri/Hotel Hilton.

Meh sini aku senaraikan beberapa perkara yang mampu menaikkan suhu badan manusia.

Bilik Air
Perkara yang paling dibenci oleh semua orang adalah menunggu unless engkau adalah looser yang memang suka tunggu orang walaupun aktiviti menunggu orang tersebut boleh merosakkan perjalanan aktiviti engkau. Bayangkanlah kalau mandi nak sampai satu jam. Siapa tahan weyh?Habak meh. Dah tentu-tentulah bilik air tu memang share ramai-ramai. Kalau guna senyap-senyap menikmati nikmat air takpe jugak, ni siap goyang-goyang nyanyi lagi Justin Bibir lagi "Baby.baby, baby oh". Ah bencinya. Sabar



Laundry
Pukul 5 setengah pergi laundry dengan harapan nak basuh baju guna mesin basuh. Memang ada dua sahaja mesin basuh yang perlu dikongsi oleh semua orang. Oh takpe, mesin basuh penuh, kena queue lah kan. Fine, letak bakul baju molek-molek dekat situ. Ada 20 minit lagi mesin tu nak settekan kerja-kerja menyahtoksinkan baju orang *bahasa molek*. Okay, by 5.50, I must come back here sebab turn aku pulak guna mesin basuh ni. Tapi aku datang 5.52, lambat 2  minit, tengok-tengok dah ada orang lain guna mesin basuh walhal, bakul aku dah molek-molek beratur depan mesin basuh.Okay fine, basuh guna tangan pun boleh. Sabar



Bilik Ampaian Baju
Baju yang dah basuh tadi harus diampai. Memang taklah kalau nak suruh aku ampai dalam bilik. Tak ke banjir bilik aku nanti der? Hoh, pagi esok keringlah baju aku ni kang. Esok pagi datang nak angkat baju, aleh-aleh tengok baju aku dah terhempap dengan baju lain. Oh kepamam berlaku di situ. Lebih asyik lagi, ada yang dah jatuh menyembah lantai yang semestinya diragui tahap kebersihannya. Ahh cubaan hidup. Sabar.


Yeah, hidup di asrama/hostel/kolej memang perlukan kesabaran. Jangan nak fikirkan kepentingan diri sendiri  je okay! Konsiderlah lah hak orang lain.



Tuesday, November 29, 2011

Jimbaan @ Sunway Pyramid

Assalamualaikum wbt. Hai dunia.

Memang weekend yang lepas adalah weekend paling heaven sekali. Sabtu di Icity, Isnin di Sunway Pyramid. Hidup macam bukan pelajar yang tengah berperang dengan exams,quizes,assignments,etc. Waktu itu, memang rasa macam "Woww, it's weekend weekend, partyin' partyin' yeah" Haha. Rindu lah dengan Rabecca Black, bila lah nak keluar single baru agaknya. Lebiuu Black*muntah taugeh*.Mengarut.

Eheh, Jimbaan di Icity memang sangat tak masyuk. It was like, pergi Icity "suka-suka", keluar Icity, "Oh panasnya, Oh bosannya. Gambar pun tak lawa". Almaklumlah, semua memori terindah di Icity dirakam dengan kamera henpon*Perlukan dslr*


 Oh mari kiteww introduce kamuuu dengan roommate kiteww. Hew hew hew


Muka terghejal nak baham Ronaldo Seksyen 2 Shah Alam. Ahaks.


Betapa Ronaldo dibaham dengan nafsu makan wanita yang tiada tolak bandingnya. 


Betapa aku mencuba untuk edit gambar sebaik mungkin. Betapa aku perlu belajar lebih mendalam dalam ilmu photography. Harharhar


Betapa perempuan memang tak dapat dipisahkan dengan kuasa shopping. Sekarang tengah berlangsung Year-End Sale. Pergilah kedai mana-mana dekat ceruk dalam sekali pun mesti ada sale. Subjek di dalam gambar adalah Cik Nie, my roommie.. Si penggila baju/skirt mokcik yang tegar. Haha. Boleh jengah belog beliau.Tekan sini.


Ini jimbaan pertama dengan roommate. Ohoh. Jimbaan diklasifikasikan sebagai berjaya. Till meet again dear  readers. Eceh bajet macam banyak readers je kalau lah Gayah!





Sunday, November 20, 2011

Jelajah Desa Ke Kg Sri Lukut, Kahang,Kluang, Johor Darul Takzim

Assalamualaikum wbt. Hello semua.

Mungkin tajuk entri yang terlalu panjang kerana Mungkin aku terlalu eksaited nak post entri ni. Mungkin juga sebab dah lama dah tak terghejal bersama orang-orang yang tak dikenali atau mungkin sebab dah lama tak ngepost entri baru*pengsan* Banyak gila kemungkinan aku. Orang banyak kemungkinan memang susah nak berjaya.

Hohh dari 18hb sampai lah 20hb aku join Program Jelajah Desa, organized by Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia. Memang aku lah freshie yang terghejal nak join segala benda macam orang yang takkan ada test, assignment,quiz, etc. Tapi, memang terbaik lah program. Hewhewhew

Apa yang aku dapat?Aku memang dah lama tak kena kejut bangun tidur dengan bunyi ayam berkokok. Alhamdulillah, aku dapat. Aku tak pernah mandi air perigi yang sejuk gila sampai buat mata sepet bangun tidur terbeliak macam mata angsa kena panah. Alhamdulillah, aku dapat. Aku tak pernah jalan-jalan tepi sawah, gamaknya aku. Alhamdulillah aku dapat. Aku tak pernah sampai ke Sembrong. Alhamdulillah, aku dapat. Aku tak pernah main tarik tali dan aku baru sedar yang aku ni boleh tahan kuat jugak orangnya. Alhamdulillah, aku dapat.


Pengalaman memang tak boleh dibeli tapi harus dicari. Memang itu yang aku dapat dan memang itulah yang aku bawa balik ke Shah Alam. Hohoh. Walaupun tak dapat nak sambut Birthday dengan member, call dari Abah, mesej dari kakak, wishes dari geng baik (Kuzco, Ghandie, Bah, ex dormmates) dah cukup complete dah. Memang Abah dah buat aku nangis pagi-pagi buta waktu birthday haritu. Sobs tiga kali T___T

Back to the root. Cerita ke Kg Sri Lukut. Ini yang aku dapat.










\


Terima kasih orang Kg Sri Lukut, Kahang, Kluang, Johor Darul Takzim. Terima kasih ibu,ayah & keluarga angkat dan terima kasih semua. Aku memang perlukan DSLR*bluek*






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...