Thursday, July 28, 2011

Beautiful song with Beautiful voice

Assalamualaikum.

Wow, I just noticed that Shila has such a beautiful voice. Aku tak tahu lah cemmane aku  ni yang si buta tuli tentang nak judge suara orang dan selalu cakap suara sendiri paling merdu boleh tersyok dengan Shila Amzah. **Sorry quality video tak berapa nak cun**



p/s: Baru segan sekejap tadi sebab jiran sebelah nampak aku kejar kucing yang curi makan dalam rumah. Perghh, tebal muka akak nyah! Btw, Good luck untuk team Harimau Malaya malam ni.Do your best. May Amirul Hadi will do something for the team. Heheh. Terghejal sekejap. Pakat pakai baju biru malam ni.Yeay!

Saturday, July 23, 2011

Kegemaran Aku & Ibu: Amirul Hadi

Assalamualaikum.Hello babe!

Aku memang tak pernah tengok/sokong/minat/terkinja-kinja dengan bola sepak antarabangsa. Sebab? Dulu aku duduk asrama dan takde tv pun utk menjamah bola sepak sambil kunyah kuaci malam-malam. Hooyeah, malam hanya untuk prep dan buat homework yang selalu terbengkalai. Hahah. Kalau orang tanya aku siapa player yang aku kenal, jawapannya;


Ah malangnya nasib untuk orang yang ajak aku tengok bola. Hihi. Tapi untuk waktu sekarang ni aku kenal lah yang ni;

Terpaksa berterus terang di sini, aku tahu pasal Messi ni pun sebab dulu lecturer aku ada cakap pasal mamat ni dalam lecture hall. Malu sendiri waktu sebab aku memang terpinga-pinga bagai sebab memang tak ambil port dalam bola sepak ni. Lepas tuh balik bilik terus google nak tahu gak siapa lah Messi. Ohh, baru tahu, dia memang hebat, cemerlang dan gemilang bebeh.Letak tangan kat bahu dan mata ke atas:)

Okay, nak sambung cerita lagi, disebabkan aku memang tak berapa minat dengan bola sepak antarabangsa, Im just take my own port dalam bola sepak Malaysia, yaa Harimau Malaya, itu dia yang aku sokong. Terlalu sokong! Dan favourite aku adalah Amirul Hadi Zainal. Sangat stylo, pro, hebat, tangkas, lincah dan segala bagai yang baik berkaitan dengan beliau. Hahah.


Ye, ini pun favourite Ibu aku sebab, setiap kali game yang Malaysia perform mesti Ibu aku tanya;

" Eh, anak mat salleh tu tak main ke?"


Satu standing ovation sambil tepuk tangan kuat-kuat untuk beliau sebab aku rasa Amirul Hadi has a bright future in football. You go boy!




Friday, July 22, 2011

Ian Somerhalder Best Bro!

Assalamulaikum.Hello


Ahh malangnya nasib, aku tak habis tengok The Vampire's Diaries season 2 lagi, season 3 dah release! Hahah. Im in love with Ian Somerhalder.Itu je aku nak cakap!Bye:) Have a nice day babe!


Wednesday, July 20, 2011

Ada Benda Tak Langsai Lepas SPM

Assalamualaikum.
Hello!

Dah lebih kurang dua tahun aku tinggalkan zaman sekolah.Tapi, tetiba tadi teringat kat satu benda yang aku tak langsaikan lagi lepas SPM. Lepas dapat result SPM, aku nak cakap terima kasih banyak-banyak kat Cikgu Tuisyen Add Maths. Daripada student yang bebal gila (sampai tahap dapat markah 43dalam ujian, tapi tak pernah failed,hihi) dalam Add Maths lepastuh kena paksa masuk tuisyen sampai lah first time aku dapat A dalam trial SPM, aku syukur gila-gila sebab dapat cikgu tuisyen tuh and Cikgu Razali (my official Add Maths teacher), He's a Chinese man, nama nya aku dah lupa, Haha. Buat lawak, tapi memang betul aku lupa pun. Untuk Mr *****( dah lupa nama), Thank you so much! Sebab anda saya dapat A+ dalam Add Maths. 

Saturday, July 16, 2011

Untuk Kawan-kawan Saya

Assalamualaikum. Hello Mr Blog

Alhamdulillah.Syukur dengan rezeki Allah. Keputusan UPU dah dapat semalam. Aku dapat course apa yang aku nak. Tapi, aku tak dapat Uni yang aku nak. Memang sebal betul tengok result semalam, rasa macam nak meroyan depan pc. Banyak kali refresh page sebab takut aku aku salah masuk ic ke ape ke. But, it's okay. Sebal datang lagi sebab dapat tahu ramai kawan-kawan tak dapat course yang diorang apply.Rasa nak meroyan datang lagi kenapa jadi dekat kawan-kawan aku. Sobss;(

Tapi takpe kawan-kawan, sila percaya rezeki ada kat mana-mana pun. Tak semestinya kita grad course yang kita nak, kita akan berjaya dengan apa yang kita nak tu. Be chill, dont down Darlingss ! Do believe in karma.



Yes, We can fly!

Friday, July 15, 2011

3 Hours Before

Assalamulaikum.Hello!

Jyeah. 4 hours before result UPU nak keluar.Aku memang dah tak senang duduk ni. Abah aku pun sama. Hari-hari tanya bila result UPU nak keluar.Chill. If God's will, aku akan dapat tempat di local Uni. Aminnn.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...