Monday, January 30, 2012

Siapa Perlu Buat Keputusan?

Assalamualaikum wbt.

Keputusan. Memang susah untuk buat keputusan. Boleh pecah kepala kalau nak buat keputusan yang melibatkan arah tuju hidup kita. Oh memang perlu istighfar ingat Allah kalau perlu membuat keputusan yang mencabar kemampuan diri yang hina ini. Eceh.

Kalau hang out dengan geng-geng Mulut Becok or mana-mana kawan pun, mesti segala keputusan di tangan aku. Memang semua keputusan yang aku buat semuanya betul dan wajar dihati kecil mereka. Hewhew. Gelak nampak gigi rabbit. Aku pun taktahu eh dah kenapa dengan diorang ni, nak makan dekat mana, nak main bowling or tengok wayang, nak balik pukul berapa, nak pergi toilet ke tak, nak kena usya ke tidok brader dengan DSLR dekat depan tu (waktu makan Mekdi, pengsan), memang semua keputusan aku yang kena buat. Oh sememangnya dunia memang adil kepadaku sampai bila-bila kalau hidup dengan kawan-kawan cenggini. Har har har.

Hoyeah, keputusan yang diambil hari ini adalah semasa membuat Makaron. Kalau baca resepi yang betulnya, makaron  should be put on baking paper or kertas minyak sebelum masuk dalam oven. Tapi disebabkan segala ingredients dah ada dekat dapur except baking paper/kertas minyak yang takde, satu keputusan telah diambil. Yes guna kertas A4 sahaja. Semangatnya nak buat makaron memang tahap MegaTeraGiga. Takde orang dapat lawan Datin Maimon ni hoi.

At last, kau tengoklah makaron aku!


 Berlubang di tengah, texture sangat worst, surface makaron macam tar tak habis turap (Abangla lari balik Nepal)




Semput tak semput kau? Penat aku gebang-gebang dekat Abah, " Makaron ni cookies orang French bah" (shame on me) Malu sendiri bila makaron tak boleh letak filling Nutella. Makaron berlubang di tengah. Kau hado?Bimbo!

Tapi guwe pelik betullah, Abah boleh cakap " Oh very good! Sedaplah macam gula kapas!" Seriously, nak lari satu Stadium UiTM.

Moral of the story, keputusan yang dibuat dengan memikirkan pros and cons nya. Hoho. Jangan ingat nak cepat siap sahaja. Terimalah keputusan kau tak layak untuk masuk Masterchef. Audition pun belum tentu lepas.Sigh.

p/s: Performace Alyah and my only FT on AJL26 sangat awesome! Congratulations to both of them.Heh!

Thursday, January 19, 2012

Photo Editing.

Assalamualaikum wbt. Hai Jibam Jibam sekalian.

Hey! Aku dah sampai Melaka. Waktu berehat-rehat sudah kembali. Rasa macam semacam je bila dah 2,3 hari bangun tidur tanpa habuk pemadam dimuka dan pipi, tiada juga kertas-kertas yang dah ronyok sebab tuan punya katil tidur ganas dan tiada juga dakwat pen dan highlighter di cadar, muka,baju,seluar, kaki tangan etc. Hewhew melampau. 

Satu hobi yang aku dah lama tak buat semenjak dua menjak ni. Photo Editing. Oh rindu. Heh.

Ambil angin di sawah yang tenang.


Hidup dan hak Melayu yang harus dipertahankan. Eceh, prop untuk assigment subjek ADM , merakam semula babak filem 1957: Hati Melaya.  



Kamilah pelakon, kamilah scriptwriter, kamilah cameraman, kamilah director, kamilah producer, kamilah budak prop. Semuanya kami. Rindu nak shooting macam Fasha Sandha. Pergi set panas-panas, hafal skrip. Tipu!


Menghabiskan masa di China Town!

Cuti semester baru nak mula. Banyak benda dah rancang dalam otak. Chalo.

Saturday, January 14, 2012

Serabut 2012 (PART II)

Salam.

Angin satu badan. Mari minum Nescafe. Mari belajar Thermodynamics. Bertahan lah wahai mata, hati, jasadku, tinggal satu paper je lagi.


Saturday, January 7, 2012

Serabut 2012

Assalamualaikum wbt.Heyya peeps!

Mulanya aku nak tulis entri pasal Datin Maimon (Afdlin Shauki the super talented person) tapi memandangkan otak tengah serabut dengan Final exam dan permohonan kolej yang gagal meme aku tak akan cerita pasal Datin Maimon lah sekarang kan.

Oh jiwa rasa sakai gila. Kolej tak dapat meyh. Probability untuk dapat yang rayuan pun tipis. Mana aku duduk semester depan? Merempat bawah jambatan? Bertapa dekat fakulti? Okay nak kahwin cepat-cepat.*Takde kena mengena* Hewhew


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...