Tuesday, August 16, 2011

Apam Polkadot Yang Comel Loteh

Assalamualaikum.Hello geng!

Ramadhan Kareem : Day 16

Jangan ingat aku duduk rumah berbulan lamanya tanpa buat apa-apa okay. Ada dua jenis makanan yang aku dah pandai gila untuk sediakan.Sampai satu tahap aku rasa aku memang dah layak bebenor kalau join MasterChef.Ehek ehek. Satu, spaghetti dan keduanya, apam polkadot. Ouh, mungkin orang akan rasa macam nak sepak laju-laju dekat muka aku sebab aku cakap aku pandai buat spaghetti, apa ada pada resepi spaghetti. setakat panaskan balik sos Prego tu nak buat apa kan?Tapi, aku hebat dangg masak spaghetti selera orang Melayu. Heuwheuw.Duduk diam sekejap,memang ada kan speghetti selera orang Melayu?

Sekarang,bukan makanan Barat(spaghetti) yang aku nak cerita, tapi, resepi makanan Timur,yeah thats it,Apam Polkadot:)


Photobucket

Apam Polkadot ni macam trending now lah. Eceh, iyo ko? Kalau dulu, orang sibuk cakap pasal cupcake yang comel-comel tapi, sekarang apam polkadot tengah high demand gitu lah! 

Cara nak buat sangat senang, setakat ni je, dah lima kali kot aku buat. First trial, aku dengan Ibu main tibai je, sebab first time buat kan.Not bad jugak, menjadi. Second trial, aku dah boleh buat sendiri nyah!Hebat kan,layak untuk MasterChef*angguk kepala kuat-kuat.

Semua orang boleh cuba,sebab cara nak buat sangat simple.Ni resepi Apam Polkadot Yang Comel Loteh:

3 biji telur(kalau nak lebih kacak, sejukkan telur terlebih dahulu ya Puan-puan)
2 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan gula halus
2 sudu teh baking powder
1 cawan susu segar
1 sudu ovellete
1 sudu esen vanilla
filling-strawberri,coklat, bluebarry,etc.

Cara-cara
  1. Pukul telur dan gula sampai kembang.
  2. Masukkan ovallete.Kemudian, diikuti dengan tepung,esen vanilla,baking powder dan susu.
  3. Bahagian kan adunan kepada tiga bahagian.Titiskan pewarna mengikut pilihan. 
  4. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
  5. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas(setengah sahaja).Then, masukkan filling.
  6. Picit adunan yang sama warna/warna yang lain bagi menutup filling.
  7. Kemudian buat dot-dot dengan warna pilihan anda
  8. Kukus dalam masa 5-6 minit(untuk papercup saiz kecil macam dalam gambar kat atas) atau 7-8 minit(untuk paper cup saiz besar macam gambar kat atas)

See?As simple as that. Semua orang boleh cuba kan?Hihi:). Ha kalau anda yang nak tempah, boleh contact Ibu saya through Facebook beliau Zubaidah Arip, okay!




5 comments:

  1. perghhhh,pandai dah chique ess nih

    ReplyDelete
  2. sikit-sikit je. Aku kan nak jadi isteri mithali. hahah

    ReplyDelete
  3. @Unknown Ovallete utk lembut n gebukan kuih.Kaler kuning2. dekat supermarket mmg ada jual, kalau takde cari dekat kedai bakery. Biasanya ibu saya guna jenama kijang.Hee:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...