Keputusan. Memang susah untuk buat keputusan. Boleh pecah kepala kalau nak buat keputusan yang melibatkan arah tuju hidup kita. Oh memang perlu istighfar ingat Allah kalau perlu membuat keputusan yang mencabar kemampuan diri yang hina ini. Eceh.
Kalau hang out dengan geng-geng Mulut Becok or mana-mana kawan pun, mesti segala keputusan di tangan aku. Memang semua keputusan yang aku buat semuanya betul dan wajar dihati kecil mereka. Hewhew. Gelak nampak gigi rabbit. Aku pun taktahu eh dah kenapa dengan diorang ni, nak makan dekat mana, nak main bowling or tengok wayang, nak balik pukul berapa, nak pergi toilet ke tak, nak kena usya ke tidok brader dengan DSLR dekat depan tu (waktu makan Mekdi, pengsan), memang semua keputusan aku yang kena buat. Oh sememangnya dunia memang adil kepadaku sampai bila-bila kalau hidup dengan kawan-kawan cenggini. Har har har.
Hoyeah, keputusan yang diambil hari ini adalah semasa membuat Makaron. Kalau baca resepi yang betulnya, makaron should be put on baking paper or kertas minyak sebelum masuk dalam oven. Tapi disebabkan segala ingredients dah ada dekat dapur except baking paper/kertas minyak yang takde, satu keputusan telah diambil. Yes guna kertas A4 sahaja. Semangatnya nak buat makaron memang tahap MegaTeraGiga. Takde orang dapat lawan Datin Maimon ni hoi.
At last, kau tengoklah makaron aku!
Semput tak semput kau? Penat aku gebang-gebang dekat Abah, " Makaron ni cookies orang French bah" (shame on me) Malu sendiri bila makaron tak boleh letak filling Nutella. Makaron berlubang di tengah. Kau hado?Bimbo!
Tapi guwe pelik betullah, Abah boleh cakap " Oh very good! Sedaplah macam gula kapas!" Seriously, nak lari satu Stadium UiTM.
Moral of the story, keputusan yang dibuat dengan memikirkan pros and cons nya. Hoho. Jangan ingat nak cepat siap sahaja. Terimalah keputusan kau tak layak untuk masuk Masterchef. Audition pun belum tentu lepas.Sigh.
p/s: Performace Alyah and my only FT on AJL26 sangat awesome! Congratulations to both of them.Heh!
dear, jannah pon selalu mcm tu. kadang nak masak smua benda dah cukup, ada satu yg kurang tapi tak amek pusing sekali bila dah siap taraaa rupa dan rasa tak semegah. huhu
ReplyDelete