Sunday, April 24, 2011

Resepi Ringkas Untuk Si Pemalas

Assalamualaikum.Hai Hai Hello Hello!

Disebabkan orang dalam rumah ni semuanya muka-muka pemalas nak masak termasuk aku, aku dengan rela hatinya menyerahkan diriku untuk mengambil langkah bijak dengan memulakan fasa-fasa diet seperti apa yang telah dilakukan semasa di Palam.Walaweyhh. Raya tahun ni boleh pakai kebaya.Ehek ehek.Macho sikit.

Okay! Baik lah ibu-ibu , kakak-kakak, adik-adik!Mari dengar sini. Harini, aku akan jadi chef korang dan resepi kita pada hari ini adalah Sandwich Untuk Si Pemalas.Kat bawah ni adalah procedures yang harus dilaksanakan.
  1. Tarik nafas dalam-dalam. Niatkan dalam hati nak makan sandwich. Takmau makan makanan yang berat-berat untuk harini dan selamanya.Weeee:)
  2. Bukak peti sejuk, lepastu cari telur.Pastikan telur original bukan tiruan.
  3. Basuh telur tadi dengan bersih.Lepastuh, rebus telur sampai masak betul! Takmau telur yang separa masak tau. Itu makanan untuk abang-abang atlet bina badan je untuk tambah ketak-ketak kat badan.Hahaha
  4. Lepas telur dah siap direbus, kupas kulit dia. Then, pecahkan telur tuh dalam mangkuk.
  5. Gaul telur tadi dengan mayonis sampai sebati.
  6. Lepastu, sapukan telur yang telah dicampur dengan mayonis ke atas roti. Nak lebih sedap? Guna roti Gardenia.Lembut dan gebu sekali.
  7. Kalau nak lebih sihat lagi, selongkar peti sejuk sekali lagi dan dapatkan salad or tomato sebagai penambah selera.


Haha.Itu sahaja. Diharap anda semua boleh meniru gaya saya.

6 comments:

  1. hahaha...sgt senang...mmg resepi malas

    ReplyDelete
  2. haha. Tapi resepi ni gune bajet tinggi sikit lah daripada resepi roti dengan nutella.

    ReplyDelete
  3. time baca nampak macam sedap. kalau aku buat ni nanti dh xde rupa sandwich nye....

    ReplyDelete
  4. fify the flower tots: mmg sng!jum buat!hahak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...