Assalamualaikum.Hai manusia sekalian!
Kemelampauan carta kebosanan telah mengajak aku dengan ibu rasa macam nak try resepi baru. So, kitorang menggunakan ejen pencarian yang sangat berguna pada masa kini iaitu Google untuk membuat kelainan jenis makanan yang ada kat rumah ini..Teheee.
Mula-mula,kitorang google resepi kek lapis Sarawak. Aku memang kagum dan tabik spring dekat orang yang pandai buat kek lapis ni sebab memang kena sabar lah
source:google image
source:google image
Dah tengok kan? Perghh kek ni memang paling cun, sampai time nak makan pun rasa "Alahaiii kau ni lawa sangat lah.Kesian pulak nak makan dehh";)
Dan seterusnya, aku dengan ibu beralih pula ke Youtube.Tengok cara buat kek ni cemmana. Memang agak superb unik.Kena bakar kuih ni lapis demi lapis.Kalau ade 20 lapis, maknanya korang kena bukak tutup oven selama 40 kali.Haha.Hambik kau.Nak sangat buatkan! Credit to Dayang Kek Sarawak yang bagi banyak info pasal kek lapis ni.Heee;)
Sudah sudah sudah dengan kek lapis Sarawak.
Disebabkan kek lapis Sarawak tu macam complicated je nak buat,kitorang decide nak buat apple pie je pagi semalam. The ingredients nye semua dah beli petang Selasa lepas.Memang semangat ni ha. Asyik beli apple pie yang dah siap je.Bila lagi nak buat yang fresh keluar dari oven rumah sendiri mannn! Mana lah tahu kann nanti-nanti mak mertua suruh buat apple pie ke.Hihi.Kalau taktau buat nak jawab apa ngeng?Ini contoh jawapan yang korang jangan bagi tau!
"Apple pie? Hihi.Ala mummy, kite tak reti lah.Beli kat Mcd je boleh tak? Western food ni kte tak reti sangat lah. Tapi kalau lempeng ke cekedok basi ke kite reti lah!Hihihi"
Hai! Mampus lah kena bungkus baju balik kampung lepas tu. Hahaha. Kita kena lah jadi universal sikit. Baru boleh jadi menantu yang boleh dibangga untuk seisi masyarakat.HAHA;)
Ini dia bahan-bahan untuk buat apple pie.Tapi tak complete ni sebab dah tersnap awal pulak deh.
Dan inilah hasilnya.Wah nampak sedap.Mari makan semua.Jemput makan!Kalau tak cukup tambah lagi ye.
Iye memang nampak sedap. Tapi sayangnya. apple dalam pie ni pahit.HAHA. Taktau kenapa.Ibu kata mungkin gula terlebih masak.Haha.Dan untuk pengetahuan semua ade 3/4 lagi apple pie ni kat dapur.Takde sape sudi makan.Sobsss T.T/ Yang lagi 1/4 aku dengan ibu yang makan dan ade bagi sikit kat rumah Mak Su.Wahahaha!
Jadi keputusan Percubaan Pertama Apple Pie: GAGAL! GO BACK AND PRACTISE!
Sekian
p/s:Jangan lupa tengok Maharaja Lawak esok.Go go go Jozan!
cehhh!,apekedehal bole pahit
ReplyDeletehaha.entahle.Tapi ibu aku cakap sebab gula tu la.
ReplyDelete