Sunday, November 13, 2011

Midsem Break Bebeh!

Assalamualaikum wbt.Hello world!

Udah berjaman guwe enggak menghapdet belog montel guwe ini. Bukan malas dong, tapi kecapean menghabiskan midsem break guwe. Goyeah, guwe memang tengah feeling-feeling macam ada dekat Palembang. Kroh kroh. Btw, goodluck untuk atlet-atlet Malaysia untuk Sukan SEA! Lepas midsem break ni memang aku tak boleh nak follow sangatlah Sukan SEA 2011 Palembang, Jakarta. 

Eh tau dak, aku celebrate 11.11.11 dekat mana. Dekat Anjung Batu weh! Makan seafood bhai. Orang lain semua bertunang, merewang ,kahwin segala aku dengan segala isi rumah pergi melantak seafood. Mak hai, makan sampai terlontang weh. Dah la lama gila tak makan ketam.Arhh macam nak nangis je nampak ketam.

Ketam goreng cili padi bro. Tolong jangan pengsan!


Memang pekena dengan sambal kicap. Makin kau perah limau tu makin kau taknak balik rumah. Makan tidur ketam.


Campur lagi dengan kangkung goreng belacan dengan sotong goreng salut tepung. Nikmatnya makan Allah je tahu. Ahh pengsan sekali lagi. 




Ignore muka minyak/jerawat batu aku tuh.Orang tengah melahap memang tak ambil kisah orang sebelah. Oh oh oh. Beautiful monster melantak. Eeh actually, 11th November tu birthday Suraya nyah! So, aktiviti makan-makan separuh ditaja oleh Suraya, manager 7e Taman Debunga, Merlimau yang baru. Haha;)

Lagi satu aktiviti midsem break aku, cuba resepi baru. Ini dia, Daging Masak Sambal Kacang Tomato. See?    Nama pun dah macam sedap der. Tapi truly memang sedap! Good try. Comot-comot di mangkuk menggambarkan betapa tidak layaknya untuk bertanding dalam MasterChef. Haha!Resepi dalam buku memang tak pernah tipu. So,jom cuba panaskan dapur rumah!



0 orang bergebang:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...