Wednesday, April 27, 2011

10 Bahasa Untuk Roommate ku:)

Assalamualaikum.Hello world!

Hooo hooo hoooray! Hari ini birthday roommate aku, Asha. Dah tua dah ye!Semoga cepat dapat jodoh, semoga berjaya, semoga panjang umur, semoga murah rezeki dan semoga-semoga yang lain lah! So,cerita hari ini adalah cara menyanyi Selamat Hari Lahir dalam 10 jenis bahasa. Belajar banyak bahasa sangat perlu ya! Nak belajar?Cekitdaut!
Bahasa Arab



Bahasa Sepanyol

Bahasa Russia

Bahasa Cina

Bahasa Thailand

Bahasa Jepun

Bahasa Korea

Bahasa Perancis

Bahasa Chipmunks

Bahasa Piano

Tuesday, April 26, 2011

Seram Tengok Orang Main Ragbi

Assalamualaikum.Hi peeps!

Ini berkaitan dengan entri Rasa Sahaja. Entahlah, aku pun kekadang terconfius dengan diri sendiri. Aku memang rasa seram semacam kalau tengok orang main ragbi. Bukan rugby touch okay, tp rugby rempuh tuh, hape entah nama betul dia, aku tak ambil kisah pun.

Dulu-dulu time adik aku masuk tournament rugby as state representative aku selalu lah cuci-cuci mata tengok cemmane orang ragbi beraksi atas padang. Ecewahh!Memang untunglah sebab time tuh aku tengah cuti after SPM and tournament tuh pun buat kat Melaka.So, setiap pagi, rombongan Cik Bedah yang diketuai oleh Cik Bedah sendiri dan dianggotai oleh Pak Pian dan aku akan ke tempat tournament untuk beri moral support untuk adik aku yang sorang ni. Heheh.Berjimba-jimba tepi padang.

Ini dia position untuk rugby player.Tengoklah, aku tak faham satu hape pun
source:yahoo image

Yang ni pulak bola ragbi.Dulu, aku selalu gak belajar dengan adik aku cemmane nak pasing-pasing bola ragbi.Hehheh:)


source:yahoo image

Takke korang rasa seram kalau tengok mamat-mamat main ragbi.Rasa macam nak tercekik jeh! Kalau aku nampak lelaki main ragbi mesti aku cakap,

"Dah cukup macho lah lelaki ni!Gagah perkasa betul!"

Tak patah ke leher kalau cemni?Huh!

source:yahoo image

Yang ni gaya apa pun aku tak faham.Macam nak terbang pun ada jugak.

source:yahoo image



source:yahoo image

Apa ni weh?Terlontang dalam lumpur.Warghh, gagah betul!Tabik!

source:google image

source:google image

source:google image

Yeahah!Tapi aku tak pernah seram kalau tengok Fahrin Ahmad main ragbi.Kah kah kah:)

source:google image

Kat sini ada pesanan untuk orang yang terlibat dengan sukan ragbi, teruskan usaha korang sebab aku memang salute kat korang.Kuat betul hampa semua naa!

Monday, April 25, 2011

Trending Now : Prince Harry

Assalamualaikum.Hi!

Lepas Will dah kena kebas dengan Kate, Harry dah jadi trend terbaru pulak dah. Punya lah berjuta orang nak discover pasal dia.Hahah. Untung badan lah!


Bosan?Jom Join Contest Blog Saya Smart!

Assalamualaikum. Hello kawan-kawan aku:)

Rasa bosan?Inginkan kegembiraan?Nak hadiah yang best?Taipkan ON CONTEST hantar ke 91011.Haha.Tidak! Aku bergurau**ouh kenapa bahasa aku semakin berbudi sekarang?**

Actually, aku nak ajak korang join Contest Blog Saya Smart nieyh! Nampak menarik sebab aku dah lama dah memendam perasaan yang mengatakan blog aku memang smart!Ouh tidak!Sekali lagi aku berperasaan perasan terhadap diri sendiri(',').

Mari kawan-kawan semua join contest menarik ni. Anda akan kelihatan lebih comel kalau klik pada link kat bawah ni ye:)



Dengan ini, aku dengan rela hati nak mengetag kawan-kawanku yang comel-comel untuk turut serta join contest masyuk ni.


Tiga Benda Mengenai Aku


Assalamualaikum.

Tiga benda yang aku paling sayang sekarang
  • Akaun blog
  • Akaun Facebook
  • Handphone dan charger handphone

Tiga benda buruk yang ada dalam diri aku
  • Jarang gosok gigi time pagi-pagi kalau kat rumah.HAHA
  • Tak suka sikat rambut.Aku memang messy sikit kalau kat rumah
  • Selalu keluar rumah dengan serabut kadang-kadang tak mandi pun

Tiga makanan yang paling aku suka
  • Cheese tart
  • Maggie tomyam
  • Roti john mungkin**aku makan semua benda jeh**

Tiga penyanyi yang aku paling suka
  • Faizal Tahir
  • Faizal Tahir
  • Faizal Tahir

Tiga benda yang akan aku selalu beli kalau shopping
  • Kasut
  • Beg
  • Baju

Tiga benda yang akan merosakkan alam semulajadi
  • Pembuangan sisa toksik dalam sungai, laut, etc
  • Pembebasan karbon monoksida
  • Pembangunan yang merosakkan habitat binatang

Tiga gadget yang aku teringin
  • DSLR
  • iPHONE
  • Ipad

Tiga gambar aku yang paling buruk








Sunday, April 24, 2011

Penangan Maharaja Lawak Sangat Melampau.

Assalamualaikum.Hai:)

Aku sedar memang aku hantu Maharaja Lawak. Tapi, memang serius ni, Maharaja Lawak memang awesome! Thumbs up lah brader. Kalau sebelum ni aku dok cakap pasal Jozan atau Nabil je kan. Sekarang aku nak korang layan Jambu dengan Sepah pulak boleh?.








Bayangkan lah, dalam rumah ni ada 5 penghuni. Tapi 4 penghuni sahaja yang minat dengan Maharaja Lawak. Kalau lah ada antara 4 penghuni ini yang termiss episod disebabkan kecelaruan hidup seperti tertido time live shows or pergi membanting tulang semasa live shows, 4 penghuni ini akan ulang tayang episod-episod yang termiss itu. Dan penghuni lain yang dah tengok episod itu juga akan turut menonton. Hahaha.Itulah penangannya. Sampaikan kitorang semua dah boleh hafal skrip diorang tau tak? Lagi-lagi ibu aku tuh, memang kaki Sepah betul. Semua skrip Sepah dia dah khatam.Kah kah kah.

Aku memang tabik spring tau dekat pelawak-pelawak macam Sepah,Jambu, Nabil dan Jozan.Kalau nak suruh aku kawad hormat untuk diorang pun aku boleh**Hahha.Serius boleh!**Kenapa?Sebab diorang sangat talented dan mampu perah urat-urat dalam otak supaya keluarkan idea-idea yang sangat bijak,kreatif dan segala bagai dengannya yang menyebabkan orang-orang macam aku ni senak perut dan juga menyebabkan small intestines aku ni berbelit-belit ni hoii. Goodluck untuk korang semua ye:)

p/s: nak cari suami kaki lawak lah. Nanti balik kerja takde lah tension sangat tengok anak-anak yang tengah sepah-sepah kan barang mainan diorang.Hahaha:)

Resepi Ringkas Untuk Si Pemalas

Assalamualaikum.Hai Hai Hello Hello!

Disebabkan orang dalam rumah ni semuanya muka-muka pemalas nak masak termasuk aku, aku dengan rela hatinya menyerahkan diriku untuk mengambil langkah bijak dengan memulakan fasa-fasa diet seperti apa yang telah dilakukan semasa di Palam.Walaweyhh. Raya tahun ni boleh pakai kebaya.Ehek ehek.Macho sikit.

Okay! Baik lah ibu-ibu , kakak-kakak, adik-adik!Mari dengar sini. Harini, aku akan jadi chef korang dan resepi kita pada hari ini adalah Sandwich Untuk Si Pemalas.Kat bawah ni adalah procedures yang harus dilaksanakan.
  1. Tarik nafas dalam-dalam. Niatkan dalam hati nak makan sandwich. Takmau makan makanan yang berat-berat untuk harini dan selamanya.Weeee:)
  2. Bukak peti sejuk, lepastu cari telur.Pastikan telur original bukan tiruan.
  3. Basuh telur tadi dengan bersih.Lepastuh, rebus telur sampai masak betul! Takmau telur yang separa masak tau. Itu makanan untuk abang-abang atlet bina badan je untuk tambah ketak-ketak kat badan.Hahaha
  4. Lepas telur dah siap direbus, kupas kulit dia. Then, pecahkan telur tuh dalam mangkuk.
  5. Gaul telur tadi dengan mayonis sampai sebati.
  6. Lepastu, sapukan telur yang telah dicampur dengan mayonis ke atas roti. Nak lebih sedap? Guna roti Gardenia.Lembut dan gebu sekali.
  7. Kalau nak lebih sihat lagi, selongkar peti sejuk sekali lagi dan dapatkan salad or tomato sebagai penambah selera.


Haha.Itu sahaja. Diharap anda semua boleh meniru gaya saya.

Saturday, April 23, 2011

I Got An Invitation From Will & Kate

Assalamualaikum.Hello

Percaya ke tak?Memang betul aku dapat invitation dari Prince William and Kate.Masih tak percaya kah?Mari tengok ini.Cekitdaut!



Haha! Yang video kat atas tuh memang kategori jemputan kan?So, memang tak salah lah kalau aku cakap aku memang dapat invitation from Will & Kate! Jemputan untuk menonton ye kawan-kawan semua, bukan jemputan untuk menghadiri.Siapalah aku kan?Sobss:(


Untuk baca yang kat bawah ni, sila tekan butang play dekat video player kat bawah ni untuk dapatkan mood comel macam orang yang gatal dan miang nak kahwin.Ehem ehem ehem:)



Putera William, siapa tak kenal? Mari aku terangkan.Beliau ialah anak kepada Putera Charles dan Lady Diana.Beliau juga adalah orang kedua dalam susanan perwarisan takhta United Kingdom.Warghh. Hebat! Siapa taknak angkat tangan.Okay aku orang pertama angkat tangan sebab he is non-muslim/Weeeee:) Tapi bukan pasal religion ke hape aku nak habak mai dalam entri ini sebaliknya perihal Perkahwinan Diraja Putera William & Kate Middleton.Kos perkahwinan ini setelah ditolak didarab dan dibahagi adalah dalam lingkungan USD 20 juta atau dalam matawang Malaysia RM 60 juta.Kau ada? Takde kan?Aku pun tak mampu.Hahak.

Okay okay tenang tenang tenang.Kita story satu persatu meyh!

  • Wedding invitation card.

source:google image
  • The reception ceremony will be held at Buckingham Palace.

source:google image

    • The Royal Wedding Cakes.Kek nye belum siap lagi. Haha. Aku letak gambar cake designer nye okay! Nampak makcik ni pun, cun melecun, ni kalau design kek mesti lawa bebeh.

    source:google image
      • Live streaming for the wedding.Disebabkan dapat invitation untuk menonton sahaja, kita semua boleh tonton dari jauh je lah ye semua. Ada banyak saluran yang buat siaran langsung antaranya, ntv7 dan jugak Astro. Jom lah kita semua bawa kerepek pedas makan depan tv time tengok wedding ini.

      • The official page of the royal wedding.First wedding yang ada official page**setakat yang aku tahu lah** HEE.Gile gempak ouh.Orang zaman sekarang pun paling tidak buat invitation kat Facebook.Ini siap ada official page lagi.

      • The invited guests.Will & Kate jugak jemput diorang punya ex bf & gf untuk sama-sama celebrate wedding diorg. Wah wah wah. Memang menangis air mata darah lah ex ex mereka semua nanti. Besides, celebrities jugak ada dijemput such as David Beckham & Posh, Sir Elthon John, etc

      source:google image

      Fuhh, itu sahaja jelah yang aku nak kongsi yang lain-lain boleh baca sendiri lai! To Kate Middleton, selamat menjadi kerabat diraja, selamat menjadi puteri, jangan nakal-nakal tau. Heee:) Selamat berkhidmat untuk masyarakat.


      source:google image

      Monday, April 18, 2011

      My Mom's Favourite TV Show Is Mr. Bean!

      Assalamualaikum.Hai

      Disebabkan malam Isnin haritu takde cerita yang menarik kat tv, terpaksalah aku tengok sitcom Mr. Bean. Mungkin sitcom ni dah terlalu klasik untuk aku tapi mesti semua orang still ingat lagi kebengongan, kebangangan dan ketidaksiuman Mr Bean. Percaya tak? Dulu, aku pernah berebut remote control dengan ibu aku sebab, ibu nak tengok Mr Bean dan aku nak tengok Phua Chu Kang.Sila jangan buat muka pelik sebab kejadian ini memang betul-betul terjadi dalam rumah aku:)


      source:wikipedia.com


      source:google image

      Pengakuan ikhlas. Dua-dua tak kacak, yang kat bawah ni lagi kacak.Haha**gelak tutup mulut**
      TAIP: ML 20 JOZAN hantar ke 32999

      source:google image

      Back to Mr Bean, aku baru je buat kajian tentang beliau.Satu benda yang aku baru tahu.Hampa tau dak yang dia ni postgraduate Electrical Engineering from The Queen's College,Oxford.Hebat ke tak?Nampak je macam sengal-sengal ayam, tapi ada degree dalam engineering mai ohoii! Selain berlakon dalam sitcom Mr Bean, dia ni jugak pernah berlakon teater, filem, etc/ Segila-gila Mr Bean ni ha, dia pernah masuk Britsh Parliament tahu dak sebab, adela sebab nye, cari sendiri lah .HAHA:)

      Ce tengok gambar kat bawah ni.Ni le dia teddy kesayangan dia. No matter lah ak pergi mana-mana pun, mesti dihangkutnye sekali benda alah ni.

      source:google image

      Ni lagi satu, kereta capok kuning yang satu ni.Terbaik! Tak kisah lah cemmane rosak pongg kereta ni, mesti dia tolak balik rumah.Kah kah kah!

      source:Mr Bean

      Mr Bean is a stand-up comedian. Kalau kat Malaysia stand-up comedian yang ada such as Harith Iskandar cemni halus je & Dougles Lim. Kalau korang layan filem or apa-apa yang produced by Afdlin Shauki, mesti korang perasan mamat ni semua. Stand-up comedy ni pulak macam ala-ala public speaking lah, berdiri je kat depan orang, then buat lawak.Nak tahu lebih?Sila baca!

      Itu jelah yang den boleh kongsi kat sini, yang lain-lain, hampa boleh layan kat page ini okay moo.
      HEHE.All the best Mr Bean! Gooodluck in your life!

      Friday, April 15, 2011

      Lady Gaga Jatuh Terlontang!

      Assalamualaikum.Hello!

      Rasa nak gelak tengok Si Lady Gaga ni jatuh.Tu la over excited sangat atas stage tu.Weee. Dah tu dengan muka selamba ayam sambung balik nyanyi.Mesti kepala dia rasa bangang semacam.

      Ni bukan atas stage.Akupun malas nak ambil tahu dia jatuh kat mana.HAHA

      source:google image

      Haa ni baru yang atas pentas.Wuhahaha


      source:google image

      Sapa nak tengok cemmane kebangangan di jatuh, boleh klik sini

      Tuesday, April 12, 2011

      Pengakuan Ikhlas Daripada Hati.

      Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.

      Regarding to my final examination result, I would like to give a special thanks to
      1. Allah Subhanallahtaala
      2. My parents, Mr & Mrs Sapian and siblings
      3. My Lecturers:Madam Siti Fatimah & Madam Halaliza,Dr Huang & Madam Enera, Miss Christina & Miss Faridah Hanim,Miss Juliana, Miss ADM020(dah lupa namanya tapi saya ingat lawak-lawak Miss dalam kelas)
      4. My beloved and supportive friends,Wani,Fify,Aien,Nina,Ida,Yana,Asha,Mas,Tira,Kiki,Shui.
      5. My P5 & R2 classmates.
      6. My lovely ex housemates ,Yan,Azma,Asma,Lyka,Jannah,Ika, Aina,Kuzco.
      7. My gorgeous Girlfriends,Ghandie,Fynn,Kuzco, Bella & Ster.
      8. My Supercool Lepaking Members,Kuzco, Hafiz & Makjab.
      9. Cafe-cafe dekat Rafflesia sebab bagi aku makan hari-hari.Haha. Sambal belacan Sireh, Mee Tomyam Dhaz, Aiskrim Igloo,Paprik Uitm,Sambal tempe campur kentang kat kedai mahal tu(apa entah nama kedai tu, dah lupa.Ngeeee). I really miss u guys so damn much!


      Thanks for everything.Thanks for being a part of myself.Thanks for being my back bone(haha, betul ke ni).I loveeeee you**tiru gaya Sam Saheizy cakap.hihi**


      Penghargaan aku macam nak buat penghargaan dalam folio Bahasa Inggeris Darjah 1.Kah kah kah.Tapi ini memang ikhlas dari hatiku yang suci murni. Big big big thanks to Wani sebab sudi dengar cerita sejarah dan politik Malaysia, dan sudi jawab pop kuiz yg aku buat masa nak exam ADM020.Percayalah kawan-kawanku semua, sejarah sangat penting.I really mean it.Auwwww.

      Peringatan untuk semua
      "Setiap kegagalan itu bukan penghujungnya dan setiap kejayaan itu bukan kesudahannya.Kegagalan boleh menjadi motivasi yang berguna untuk masa hadapan agar kita berusaha lebih keras manakala kejayaan akan menjadi inspirasi
      kepada kita agar sentiasa mempertahankan kejayaan yang dimiliki.Percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya."

      Ace ace.Itu falsafah rekaan khas aku. Tapi, falsafah itu memang wajar dan ada betulnya.Mungkin selepas ini aku boleh jadi pakar motivasi separuh masa.Ehem ehem.Yang sepenuh masanya InsyaAllah akan menjadi Chemical Engineer dan Domestic Engineer yang berjaya disamping anak yang comel-comel dan suami yang kacak bergaya.Haha:)Amin amin amin.

      Sekian.Have a great days peeps and do enjoy your life.Just to remind you that life just once.Aku tak suruh korang berjimba-jimba dengan buas atau ganas sebaliknya, buat hidup anda bermakna disamping orang yang tersayang:)

      p/s: dah habis taip baru teringat nama lecturer ADM 020 tuh Miss Azilah. Thank you Miss Azilah.

      Telurmu Itu Tidak Asli.

      Assalamualaikum.Hello!

      Baru-baru ni Malaysia dikepohkan dengan kes telur tiruan. Hampa tahu tak?Kalau tak tahu tu mesti tak tengok berita.Haha:) Aku memang nak ambil kisah kes telur tiruan ni sebab telur memang makanan wajib ada kat rumah. Penambah selera. Wahhh. Letak dalam maggie pun sodap.Kalau berita pasal kes ni mesti aku bukak mata bulat-bulat.Haha.

      Agak pelik disitu ya.Hai telur yang murah pun ada orang nak buat yang palsu ke? Setelah digodek-godeknya Google, aku dapatlah selongkar macam mana nak tahu telur yang kita makan tu asli ke tak.Untuk pastikan telurmu itu asli atau tidak, sila baca:

      1. Kulit telur tiruan lebih berkilat dan permukaannya agak kasar.
      2. Apabila telur tiruan dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan terus bercampur.
      3. Baunya sangat berbeza dengan telur asli.
      4. Kandungan air yang banyak di dalam telur tiruan akan menyebabkan bunyi yang kuat apabila ia digoncang.
      5. Putih dan kuning telur sangat nipis.
      6. Putih telur akan cepat merebak tanpa disentuh ketika telur digoreng.

      So, lepas ni be careful, even government memang dah cakap yang telur-telur kat Malaysia ni selamat dimakan dan bebas daripada kes haram tiruan ni semua.Boleh bezakan tak?



      Ada lagi satu ni. Aku geram betul der. Awat le depa pi hebahkan cara-cara nak buat telur tiruan ni. Kalau semua orang dah tahu, lagi la diorang ambil resepi yang agak bangang ni untuk tingkatkan ekonomi diri sendiri. Ni aku nak tambah ni, hampa nak tau tak? Apa risiko makan telur tiruan ni?Boleh nyanyuk dan cepat lupa. Ohoii, muda-muda dah cepat lupa, tak remajalah.Haha.Selain tu, boleh jugak kena kerosakan saraf otak, masalah hati, gangguan metabolisme , etc.


      Mari ambil langkah berjaga-jaga! Almaklumlah, aku student lagi ni. Perlu kotak ingatan yang superb powerful untuk menampung all the formulas, procedures, notes dan segala bagai yang berkaitan dengannya.Sekian.

      Monday, April 11, 2011

      Minit-Minit Sebelum Result Keluar

      Assalamualaikum.Hai!

      Sebelum menghadapi sebarang kemungkinan, aku layan matluthfi.Lawak gila babeng. Kalau g audition Raja Lawak confirm lepas.Fyi, aku dah khatam semua video matluthfi. Sape-sape yang nak tengok, boleh klik sini

      Thursday, April 7, 2011

      Mari Belajar Buat Apple Pie Dengan Aku!

      Assalamualaikum.Hai manusia sekalian!

      Kemelampauan carta kebosanan telah mengajak aku dengan ibu rasa macam nak try resepi baru. So, kitorang menggunakan ejen pencarian yang sangat berguna pada masa kini iaitu Google untuk membuat kelainan jenis makanan yang ada kat rumah ini..Teheee.

      Mula-mula,kitorang google resepi kek lapis Sarawak. Aku memang kagum dan tabik spring dekat orang yang pandai buat kek lapis ni sebab memang kena sabar lah



      source:google image


      source:google image

      Dah tengok kan? Perghh kek ni memang paling cun, sampai time nak makan pun rasa "Alahaiii kau ni lawa sangat lah.Kesian pulak nak makan dehh";)

      Dan seterusnya, aku dengan ibu beralih pula ke Youtube.Tengok cara buat kek ni cemmana. Memang agak superb unik.Kena bakar kuih ni lapis demi lapis.Kalau ade 20 lapis, maknanya korang kena bukak tutup oven selama 40 kali.Haha.Hambik kau.Nak sangat buatkan! Credit to Dayang Kek Sarawak yang bagi banyak info pasal kek lapis ni.Heee;)

      Sudah sudah sudah dengan kek lapis Sarawak.
      Disebabkan kek lapis Sarawak tu macam complicated je nak buat,kitorang decide nak buat apple pie je pagi semalam. The ingredients nye semua dah beli petang Selasa lepas.Memang semangat ni ha. Asyik beli apple pie yang dah siap je.Bila lagi nak buat yang fresh keluar dari oven rumah sendiri mannn! Mana lah tahu kann nanti-nanti mak mertua suruh buat apple pie ke.Hihi.Kalau taktau buat nak jawab apa ngeng?Ini contoh jawapan yang korang jangan bagi tau!

      "Apple pie? Hihi.Ala mummy, kite tak reti lah.Beli kat Mcd je boleh tak? Western food ni kte tak reti sangat lah. Tapi kalau lempeng ke cekedok basi ke kite reti lah!Hihihi"

      Hai! Mampus lah kena bungkus baju balik kampung lepas tu. Hahaha. Kita kena lah jadi universal sikit. Baru boleh jadi menantu yang boleh dibangga untuk seisi masyarakat.HAHA;)

      Ini dia bahan-bahan untuk buat apple pie.Tapi tak complete ni sebab dah tersnap awal pulak deh.



      Dan inilah hasilnya.Wah nampak sedap.Mari makan semua.Jemput makan!Kalau tak cukup tambah lagi ye.

      Iye memang nampak sedap. Tapi sayangnya. apple dalam pie ni pahit.HAHA. Taktau kenapa.Ibu kata mungkin gula terlebih masak.Haha.Dan untuk pengetahuan semua ade 3/4 lagi apple pie ni kat dapur.Takde sape sudi makan.Sobsss T.T/ Yang lagi 1/4 aku dengan ibu yang makan dan ade bagi sikit kat rumah Mak Su.Wahahaha!


      Jadi keputusan Percubaan Pertama Apple Pie: GAGAL! GO BACK AND PRACTISE!

      Sekian

      p/s:Jangan lupa tengok Maharaja Lawak esok.Go go go Jozan!

      Wednesday, April 6, 2011

      Pengajaran Semalam

      Assalamualikum.Hai peeps!

      Entri ni aku nak post semalam sebenarnya. Tapi tak sempat pulak deh**aku pongg taktau kenapa tak sempat.haha**

      Ini statement Abah.Cekitdaut!

      "Kita ni kalau dah dok dalam satu jabatan, kenalah kerjasama.Jangan asyik nak fikir tentang diri dan penat sendiri je. Bos memang lah position yang paling tinggi sekali.Cube kalau dia yang jadi pekerja bawahan,baru dia tahu! Contohnya, kalau lah Kakdek jadi bos nanti, jangan le pulak nak besau kepala.Ingat orang yang kat bawah"

      Iye iye iye.Aku angguk kepala tanda faham.Hihi. Aku pernah kerja.So aku faham jurang antara bos dan pekerja.Itu sahaja.Sekian

      Ada dua pesanan disini

      1. Tepuk tangan kuat-kuat untuk Superman FT sebab menang Penyanyi Lelaki Paling Popular ABPBH2010.
      2. Rasanyalah, speed aku hiris bawang semakin laju.haha.Ucap tahniah untuk diri sendiri.Muchoaaa

      Saturday, April 2, 2011

      Maharaja Lawak Memang Kelakar.

      Assalamualaikum.Hai

      Ini alkisahnya tadi, aku awal-awal dah standby depan tv sebab nak tengok Maharaja Lawak ouh. Punya lah semangat bergunung-gunung tingginya sebab Jozan masuk.Huhh.Memang rasa macam nak tercabut dah gigi den ni gelak moii! Johan dengan Zizan memang superb! Lagi-lagi lah si Abang Hero Tamil aku yang sorang nih.


      source:google image

      Kalau cakap tak ingat dunia.Senak perut ni gelak bagai ler brader. Kalau ibu mengandung tengok hang, boleh terberanak tak cukup bulan depa tau dak!Haritu dalam Berita Harian hari ape entah, Zizan ni masuk dalam ranking Jejaka Idaman Malaya.HAHA!Lawak lawak!Ehh, tapi memang betul pun, sekarang ni Zizan memang top pex!Aku pun sukak diak;)


      source:google image

      Goodluck lah to Jozan!Aku check vote tadi diorang paling tinggi.Muchoaa.Terbaik wokk!Dan untuk Nabil telinga panjang niah pun, Goodluck Brader.Lu boleh punya!

      source:google image

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...