Saturday, December 31, 2011

Goodbye 2011, Hello 2012

Assalamualaikum wbt.Happy New Year everibodi;)

Rasa macam tak senang duduklah kalau tak ngepost entri on the last day of 2011. Huhh. Sepanjang berblogwalking hari ini memang semua orang dah review depa punya cerita sepanjang 2011. Macam-macam ada, pahit manis kurang masin pun hado. Kau hado?

Oh year 2011 sangat best. Bermula dengan pointer Final Xm Foundation yang agak melegakan hati then dapat continue dalam engineering field dah cukup baik untuk aku. Syukur. At least aku dah fulfill hajat Abah Ibu nak tengok anak dia sambung study.

Suasana, traffic light kaler merah dekat area bandar Melaka.

" Perghh, depan ni Honda Civic yang baru ni. Bilalah nak merasa. Tunggu Kakdek kerjalah nanti yo. Huhh anak #!!#!#! beli 80k oh, itupun secondhand punya kalau firsthand ni mau kena 100++k ni" , Abah.

Aku buat muka seposen

" Nanti dah kerja simpankan abah bangg 50k, boleh buat down payment. Nanti bulan-bulan takdelah semput nau nak bayau.Heheh"

Woi woi aku dengar yang semput dulu. Hahah. Kalau ada rezeki tak kemana Honda Civic tu. Bukan setakat Honda Civic, Audi R8 pun I sanggup beli.*Pengsan


Sebelum ni aku tak pernah buat wishlist. Rasa macam loser gila bila tengok wishlist orang lain nak ada iPad 2 lah, nak kahwin lah bagai blaa blaa bla. Kekadang rasa eh aku hidup macam takde matlamat. Ahh terasa loser lagi. Boo lah kau Maimun.

Untuk tahun 2012 memang ada wishlist.Hewhew.
  • DSLR
  • Improve akhak,aqidah
  • Dean's list(poyo)
  • Dean's list(insyaallah)

See? Aku tak rasa orang lain punya wishlist sependek wishlist aku. Har har har. Lat but not least, Happy New Year youh!




Wednesday, December 28, 2011

Quality Time

Assalamualaikum wbt. Ohoi:)

Yes! Lepas sebulan lebih tak balik rumah akhirnya aku balik juga hari Sabtu lepas. Kepoyoan diri yang nak pulun study sampai final xm tidak kemana-mana pun dek kerana semua roommate baik rumah. Tak mungkin aku nak tinggal sorang-sorang dekat bilik yang penuh misteri ini. Booo *bilik guwa bau asap rokok der, guwa rasa nak report dekat pegawai kolej je*

Quality time. Kalau orang yang dah kahwin mesti cakap quality time diorang adalah waktu malam. Aww. Tidak bagi aku sebab aku belum kahwin, and my quality time adalah ketika famili aku berada bersama aku. Tak kiralah, makan cendol kat kedai mamak tepi jalan sama-sama famili pun aku dah rasa itu quality time yang patut aku hargai. Kapak gila aku!

Oh seriuosly, kalau dah duduk jauh-jauh memang rasa sayang melimpah ruah kat famili. Webcam dengan famili pun rasa macam dah terghejal gila. Hewhew. Tak tau lah cemne kalau dah ada famili sendiri nanti. Bluek.

Saturday, December 17, 2011

My First Tutti Frutti

Assalamualaikum wbt.

Setelah berpulun study di kolej untuk 5 tests minggu hadapan, aku perlu merehatkan minda yang bercelaru. Hewhew. Tertunai juga hasrat nak melantak Tutti Frutti Seksyen 7. Gamaknya haku. Masa dekat Melaka aku memang kempunan gila nak makan Tutti Frutti almaklumlah, dekat Melaka pun baru bukak outlet Tutti Frutti (a few weeks ago kot). So selama ni, memang aku dengar jelah orang dok gebang-gebang pasal Tutti Frutti sedaplah, dah makan sekali mesti rasa nak makan lagi la bla bla bla.

Dan harini ni terbuktilah Tutti Frutti memang sedap. Aku siap bawak cikgu lagi untuk guide aku apa nak kena buat.topping apa yang mahal and bla bla bla. Thanks Lyka:)

So, lepas ni memang kerja aku dok melepak jelah dekat Tutti Frutti. Serius sedap tak tipu. Ahaks





Penggila yogurt yang belum merasa Tutti Frutti ni harus bertindak segera. Eceh. Yogurt baik untuk kesihatan!



Thursday, December 15, 2011

Webcammie With Classmie

Assalamualaikum wbt. Hai dunia:)

Ohoh. Aku konfius dengan tajuk entri sendiri. Bimbo. Takmau cakap banyak, sepak bola pun tak kena (Oh itu bukan Nazmi Faiz) mari kita tengok benda yang boleh buat usus terbelit. Ahaks.










 Alien anak Mak Jemah tertinggal UFO.Gonjeng.


Eh Shah Alam dah bersalji. Kau hadoo? 



Salah satu terapi mengurangkan stress adalah dengan senyum/ketawa. Percayalah stress bukannya barrier yang boleh merosakkan perjalanan hidup kita. Eceh, sudahlah Timah, sambung study! Kbye. 

p/s: Selamat naik takhta Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Daulat Tuanku.

Thursday, December 8, 2011

Perkara Paling Menyakitkan Hati Untuk Orang Yang Tinggal di Asrama/Hostel/Kolej

Assalamualaikum wbt. Hai.

Untuk aku orang yang dah berpengalaman hidup di asrama dan kolej ni dah memang masak dengan beberapa perkara yang sangat menyakitkan hati berlaku kepada diri yang sirna ini. Ohoh. Biasalahkan hidup ramai-ramai mesti ada perkara yang tak kena.Nama pun Asrama/Kolej, bukannya rumah sendiri/Hotel Hilton.

Meh sini aku senaraikan beberapa perkara yang mampu menaikkan suhu badan manusia.

Bilik Air
Perkara yang paling dibenci oleh semua orang adalah menunggu unless engkau adalah looser yang memang suka tunggu orang walaupun aktiviti menunggu orang tersebut boleh merosakkan perjalanan aktiviti engkau. Bayangkanlah kalau mandi nak sampai satu jam. Siapa tahan weyh?Habak meh. Dah tentu-tentulah bilik air tu memang share ramai-ramai. Kalau guna senyap-senyap menikmati nikmat air takpe jugak, ni siap goyang-goyang nyanyi lagi Justin Bibir lagi "Baby.baby, baby oh". Ah bencinya. Sabar



Laundry
Pukul 5 setengah pergi laundry dengan harapan nak basuh baju guna mesin basuh. Memang ada dua sahaja mesin basuh yang perlu dikongsi oleh semua orang. Oh takpe, mesin basuh penuh, kena queue lah kan. Fine, letak bakul baju molek-molek dekat situ. Ada 20 minit lagi mesin tu nak settekan kerja-kerja menyahtoksinkan baju orang *bahasa molek*. Okay, by 5.50, I must come back here sebab turn aku pulak guna mesin basuh ni. Tapi aku datang 5.52, lambat 2  minit, tengok-tengok dah ada orang lain guna mesin basuh walhal, bakul aku dah molek-molek beratur depan mesin basuh.Okay fine, basuh guna tangan pun boleh. Sabar



Bilik Ampaian Baju
Baju yang dah basuh tadi harus diampai. Memang taklah kalau nak suruh aku ampai dalam bilik. Tak ke banjir bilik aku nanti der? Hoh, pagi esok keringlah baju aku ni kang. Esok pagi datang nak angkat baju, aleh-aleh tengok baju aku dah terhempap dengan baju lain. Oh kepamam berlaku di situ. Lebih asyik lagi, ada yang dah jatuh menyembah lantai yang semestinya diragui tahap kebersihannya. Ahh cubaan hidup. Sabar.


Yeah, hidup di asrama/hostel/kolej memang perlukan kesabaran. Jangan nak fikirkan kepentingan diri sendiri  je okay! Konsiderlah lah hak orang lain.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...