Assalamualaikum wbt. Hai.
Untuk aku orang yang dah berpengalaman hidup di asrama dan kolej ni dah memang masak dengan beberapa perkara yang sangat menyakitkan hati berlaku kepada diri yang sirna ini. Ohoh. Biasalahkan hidup ramai-ramai mesti ada perkara yang tak kena.Nama pun Asrama/Kolej, bukannya rumah sendiri/Hotel Hilton.
Meh sini aku senaraikan beberapa perkara yang mampu menaikkan suhu badan manusia.
Bilik Air
Perkara yang paling dibenci oleh semua orang adalah menunggu unless engkau adalah looser yang memang suka tunggu orang walaupun aktiviti menunggu orang tersebut boleh merosakkan perjalanan aktiviti engkau. Bayangkanlah kalau mandi nak sampai satu jam. Siapa tahan weyh?Habak meh. Dah tentu-tentulah bilik air tu memang share ramai-ramai. Kalau guna senyap-senyap menikmati nikmat air takpe jugak, ni siap goyang-goyang nyanyi lagi Justin Bibir lagi "Baby.baby, baby oh". Ah bencinya. Sabar
Laundry
Pukul 5 setengah pergi laundry dengan harapan nak basuh baju guna mesin basuh. Memang ada dua sahaja mesin basuh yang perlu dikongsi oleh semua orang. Oh takpe, mesin basuh penuh, kena queue lah kan. Fine, letak bakul baju molek-molek dekat situ. Ada 20 minit lagi mesin tu nak settekan kerja-kerja menyahtoksinkan baju orang *bahasa molek*. Okay, by 5.50, I must come back here sebab turn aku pulak guna mesin basuh ni. Tapi aku datang 5.52, lambat 2 minit, tengok-tengok dah ada orang lain guna mesin basuh walhal, bakul aku dah molek-molek beratur depan mesin basuh.Okay fine, basuh guna tangan pun boleh. Sabar
Bilik Ampaian Baju
Baju yang dah basuh tadi harus diampai. Memang taklah kalau nak suruh aku ampai dalam bilik. Tak ke banjir bilik aku nanti der? Hoh, pagi esok keringlah baju aku ni kang. Esok pagi datang nak angkat baju, aleh-aleh tengok baju aku dah terhempap dengan baju lain. Oh kepamam berlaku di situ. Lebih asyik lagi, ada yang dah jatuh menyembah lantai yang semestinya diragui tahap kebersihannya. Ahh cubaan hidup. Sabar.
Yeah, hidup di asrama/hostel/kolej memang perlukan kesabaran. Jangan nak fikirkan kepentingan diri sendiri je okay! Konsiderlah lah hak orang lain.
0 orang bergebang:
Post a Comment