Friday, May 20, 2011

Terghejal Pegang DSLR:)

Assalamualaikum.Hello world!

Disebabkan kesesakan hidup dan kemalasan diri yang taknak cari kerja, mimpi nak own DSLR memang tak pernah menjadi lah.Haha:) Semalam lepas tengok Nur Kasih The Movie, aku berjimba-jimba dengan DSLR Nikon (dah lupa model ape entah.Tapi for sure nya, itu yang latest lah) milik kawan aku punya kawan. Agah agah. Sedikit rasa terghejal ghejal.Ouh, aku pening tengok banyak sangat button kat DSLR tuh. Selalu guna camera handphone dengan digital je.Ehem. Lepas dah terghejal selama sejam dua, aku rasalah yang aku memang ada bakatlah dalam dunia photography.Wehoo/*perasan gilew awok*

Sila klik pada gambar untuk tengok gambar dengan lebih jelas:)

Apa Cerita Nur Kasih The Movie?

Assalamulaikum.

Hoo hoo hooray. Semalam, aku antara orang yang awal pergi panggung tengok Nur Kasih The Movie(NKTM). Before pergi  GSC Dataran Pahlawan, hati ni macam tak tenteram jugak lah sebab takut tiket sold out.Sebagai peminat tegar Nur Kasih The Series, aku menggagahkan diri pergi panggung sebab taknak jadi orang yang terakhir tengok NKTM.Der, ini adalah first time wa tengok movie kat panggung on the fisrt day movie tu release kat panggung. Sangat berjimba di hati.Untuk aku si pengikut setia Kabir Bhatia & Mira Mustaffa dan semua drama yang produced by Filmscape, memang expectation untuk NKTM sangat melampau-lampau.Kalau korang suruh aku tengok Cinta & Sepi untuk ke seratus kali pun aku sanggup sebab movies ni memang favourite aku sejak azali lagi. Plot,cinematography,sound effect memang sangat terbaik dari ladang lah.Lagi satu, dua-dua movie ni memang mesti buat aku menangis:(




source:google image


Ini ada benda aku nak cerita pasal NKTM


  • Sampai je kat GSC DP, aku sangat terkujal sekejap sebab memang dah ramai orang kat situ.Aku mula tarik muka bahagia sebab bukan sahaja budak perempuan yang muda remaja macam aku ni je yang ramai kat situ, tapi brader-brader hati kental pun ada kat situ.Konfius sekejap, diorang nak tengok Adam,Nur&Aidil atau nak tengok abang Captain Jack Sparrow aku?Kah kah kah. Dan dan dan, bukan je budak muda remaja je ada kat situ, makcik-makcik pun ada weh!Salute lah!
  • Panggung penuh jugak semalam. Tapi sit depan memang kosong lah.Ehe.
  • NKTM okay! Plot sangat dasyat. Sampai aku fikir. Eh, cemmane Mira Mustaffa boleh fikir nak buat cemni?Woww.Cinematography sangat hebat!Memang hebat! Memang semua shot sangat menarik.Semua watak memang menjadi. Tapi yang aku nak puji watak Mamat(Munif) & Ju(Sara Ali). Memang sangat menjadi even diorang pelakon baru.
  • Tapi, ada dua benda yang aku rasa tak puas hati. Satu, sebab CGI sangat hodoh, kalau tak buat pun takpe.Dua, sebab elemen sedih tuh macam tak jadi sangat lah. Aku tak nangis cemmana aku nangis time tengok Cinta & Sepi.
  • Overall nye, aku bagi rate 8.5/10. Cukuplah tuh.Ehe ehe

Jadi, sape-sape yang belum lagi tengok NKTM sila lah ke panggung. NKTM masih boleh dibanggakan daripada movie-movie lain:)


Wednesday, May 18, 2011

Perlis Indera Kayangan

Assalamualaikum.

Ini entri basi. Berkaitan dengan entri Streamyx Meragam. Padehal takdelah meragam mana, rumah aku ni tak dapat bil talifon*how to spell telephone ha?* Bukannya sebulan dua, tapi dah bertahun mooooi tak dapat bil.Tapi after dah cakap-cakp dengan customer service, settle lah segala bagai yang berkaitan dengannya.
Straight to the story. Last week, aku berjimba-jimba di Perlis Indera Kayangan. Tujuan utama, konvokesyen kakak aku. Sesambil tuh, jimba-jimba lah sekali. Tak mau cakap banyak.Tengok je lah apa yang aku nak sajikan.Haha








Cerita-cerita Konvokensyen Suraya
    • Sampai politeknik je, abah, ibu, aku dengan adik aku terus serbu cafe.Penuhkan perut sebelum apa-apa berlaku, cewah. Nampak nau semua pelahapss.
    • Aku dengan ibu yang masuk dewan konvo sebab Abah tak sanggup nak masuk.Kah kah kah. Aku antara orang yang paling dekat sekali dengan pintu dewan tuh.Dengan kepakaran main ragbi dekat Koperasi sekolah, aku buat rempuhan hebat untuk dapatkan sit paling depan sekali.Hahaha.Tipuu je!
    • Dalam dewan tu tersangat lah bosan gaban sebab kakak aku dah naik pentas awal.
    • Masa bosan-bosan tuh, mc umumkan nama-nama student Mechanical Engineering untuk naik pentas. Hambik kau, besau mata aku tebukak. Semua lelaki.
    • Seperti kebisaannya, aku memang tak boleh bertahan lama dalam majlis formal cenggini. Dulu kat Puncak Alam pun sama. Belum sempat pun mc cakap,"masa sangat mencemburui kita", aku dah angkat kaki dah.

    Mintak maaflah, berperasaan perasan sikit pakai jubah konvo. Bukan apa, aku nak puaskan hati adik aku sebab dia bising-bising gelakkan aku yang takde konvo ni. Ciss.Asasi je meyh. Takde nak kovo-konvo nye Nanti aku degree kau tengok lah konvo aku.

    p/s : Kawan-kawan Puncak Alam mesti dah bosan tengok dress up aku yang sebijik macam nak pergi lecture & tutorial.Haha*gelak malu*. Sorry geng, raya belum sampai lagi. Tak sempat nak beli baju kurung baru.Kah kah kah:)

    Tuesday, May 17, 2011

    Sayang Nuffnang Ketat-ketat Lah!

    Assalamualaikum.

    Hey hey hey.Kesetiaan kepada Nuffnang berhasil lah. Aku sayang Nuffnang ketat-ketat.Wehoo:) Dulu, Nisa Kay pernah cakap, kita mesti setia dengan Nuffnang dan hari ni aku percaya kenapa dia cakap cenggitu. Hehehe.Kepada sape-sape yang belum join Nuffnang, sila-sila kan lah okay meyh!Nuffnang terbaik!

    Satu kiss untuk Nuffnang.Muah!

    Monday, May 16, 2011

    Tips Kawal Berat Badan

    Assalamualikum.Hello peeps!

    Memandangkan aku dah jadi domestic engineer yang berjaya kat rumah ni, kawalan berat badan sangat lah penting. Hooyeah. Berat aku dah turun sejak amalkan Sandwich Untuk Si Pemalas. Kah kah kah.Satu penipuan berlaku di situ! Okay semua yang nak baca tips yang pasti daripada pengalaman dan otak brilliant aku ni, sila ambil perhatian.

    1. Amalkan minum air sebelum makan.Elak minum air lepas makan lagi-lagi kalau air yang berais.
    2. Selalu kemas almari baju. Ce torai baju-baju lama. Maybe ada yang dah ketat sebab shape badan yang tak terkawal.
    3. Jangan selalu pergi kitchen sebab kalau pergi kitchen mesti bukak fridge kan?Yeah, aku memang selalu bukak fridge. Setiap kali pergi kitchen mesti aku akan bukak fridge. Kalau bukak fridge mesti tangan gatal nak capai macam-macam. Air kotak, air tin, coklat, nugget, gula-gula dan segala bagai makanan yang tak sihat. Tapi, kalau bukak fridge sebab nak ambil buah-buahan or juice tu dibolehkan lah!Hee:)
    4. Selalu timbang berat untuk pastikan berat badan selalu terkawal.
    5. Amalkan makan nanas. Menurut fakta yang aku baca, nanas boleh menyebabkan kita rasa cepat kenyang.Mungkin bagi orang yang selalu makan lima pinggan nasi boleh kurangkan satu pinggan.Ehe. 
    6. Prinsip penting."No rice after 6pm!" .Sangat mudah. Kalau lapar tengah-tengah malam, makan cereal ke, roti ke, atau buah-buahan.
    Sama-sama lah kita kawal berat badan.Peace meyh!

    Wednesday, May 11, 2011

    Kenapa Mesti Lari Ke Lombok?

    Assalamualaikum.Hi!

    Sebenarnya, memang dari dulu aku nak buat entri pasal Lombok ni ha! Tapi tak cukup research untuk mengarut kat sini but then I did some research about Lombok last week. Memang curious gila, kenapalah orang nak kahwin lari kat Lombok. Kenapa tak lari ke Bandung ke, boleh shopping bagai kat sana. Tak pun, kat Jakarta ke, Jawa Barat atau timur ke, Acheh ke atau mana-mana lah! Huhh!


    source:google image

    Kalau tengok map kat atas ni, perasan tak yang Lombok ni kat tengah-tengah Indonesia.Strategik gitu Mungkin sebab tu kot ramai yang lari ke Lombok. Waahaha.Alasan tak berasas.

    Lepas menelaah sikit-sikit apa yang ada dekat internet ni, barulah aku tahu kes lari Lombok ni ada kaitan dengan migrasi orang Lombok ke Malaysia untuk cari kerja. Lepas cari kerja kat sini, diorang pun dok ayat-ayat perempuan Melayu untuk ikut diorang balik Lombok. Yang bertambah pelik lagi, kenapalah perempuan Melayu nak ikut jugak dan jawapan untuk itu berdasarkan apa yang aku baca lah ye, sebab orang Lombok ni romantik!Hattuihh! Tersedak meyh. Itu memang alasan superb dah lapoks.

    Aku taknak lah cakap lebih-lebih pasal cerita cemni, takut gak satgi aku yang ikut Mat Lombok lari ke Lombok. Nauzubillah, Jangan jangan jangan.Pesanan untuk semua, kalau nak buat sesuatu tuh, mintaklah nasihat orang yang lebih tua dahulu, jangan main lari je.Tak baik ouh. Memang lucky lah kalau dapat Mat Lombok yang baik dan hensem,HAHA.Tapi memang bad luck lah kalau dapat Mat Lombok yang nak jadikan isteri dia macam kilang buat anak.

    Saturday, May 7, 2011

    Streamyx Meragam

    Assalamualaikum.
    Aiyo. Streamyx meragam la hoi. Tak dapat online. Papepun, ak otw to Perlis, wait for my update soon.

    Tuesday, May 3, 2011

    Baru Jumpa Johnny Depp.

    Assalamualaikum. Hello semua orang!

    Yahoo.Tadi aku baru jumpa Johnny Depp, tak pergi Hollywood mana pun, dia ada kat Malaywood doe! Ce caye apa aku cakap ni. Cuba tengok trailer Kongsi dan Pirates Of Carribean 4:On Strander Tides kat bawah ni, lepasctuh compare kan!





    Shaheizy Sam memang ada karakter yang sama dengan Johnny Depp! Yeah, aku sebagai orang Malaysia sangat bangga dengan Sam. 

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...