Tuesday, August 16, 2011

Apam Polkadot Yang Comel Loteh

Assalamualaikum.Hello geng!

Ramadhan Kareem : Day 16

Jangan ingat aku duduk rumah berbulan lamanya tanpa buat apa-apa okay. Ada dua jenis makanan yang aku dah pandai gila untuk sediakan.Sampai satu tahap aku rasa aku memang dah layak bebenor kalau join MasterChef.Ehek ehek. Satu, spaghetti dan keduanya, apam polkadot. Ouh, mungkin orang akan rasa macam nak sepak laju-laju dekat muka aku sebab aku cakap aku pandai buat spaghetti, apa ada pada resepi spaghetti. setakat panaskan balik sos Prego tu nak buat apa kan?Tapi, aku hebat dangg masak spaghetti selera orang Melayu. Heuwheuw.Duduk diam sekejap,memang ada kan speghetti selera orang Melayu?

Sekarang,bukan makanan Barat(spaghetti) yang aku nak cerita, tapi, resepi makanan Timur,yeah thats it,Apam Polkadot:)


Photobucket

Apam Polkadot ni macam trending now lah. Eceh, iyo ko? Kalau dulu, orang sibuk cakap pasal cupcake yang comel-comel tapi, sekarang apam polkadot tengah high demand gitu lah! 

Cara nak buat sangat senang, setakat ni je, dah lima kali kot aku buat. First trial, aku dengan Ibu main tibai je, sebab first time buat kan.Not bad jugak, menjadi. Second trial, aku dah boleh buat sendiri nyah!Hebat kan,layak untuk MasterChef*angguk kepala kuat-kuat.

Semua orang boleh cuba,sebab cara nak buat sangat simple.Ni resepi Apam Polkadot Yang Comel Loteh:

3 biji telur(kalau nak lebih kacak, sejukkan telur terlebih dahulu ya Puan-puan)
2 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan gula halus
2 sudu teh baking powder
1 cawan susu segar
1 sudu ovellete
1 sudu esen vanilla
filling-strawberri,coklat, bluebarry,etc.

Cara-cara
  1. Pukul telur dan gula sampai kembang.
  2. Masukkan ovallete.Kemudian, diikuti dengan tepung,esen vanilla,baking powder dan susu.
  3. Bahagian kan adunan kepada tiga bahagian.Titiskan pewarna mengikut pilihan. 
  4. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
  5. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas(setengah sahaja).Then, masukkan filling.
  6. Picit adunan yang sama warna/warna yang lain bagi menutup filling.
  7. Kemudian buat dot-dot dengan warna pilihan anda
  8. Kukus dalam masa 5-6 minit(untuk papercup saiz kecil macam dalam gambar kat atas) atau 7-8 minit(untuk paper cup saiz besar macam gambar kat atas)

See?As simple as that. Semua orang boleh cuba kan?Hihi:). Ha kalau anda yang nak tempah, boleh contact Ibu saya through Facebook beliau Zubaidah Arip, okay!




Monday, August 15, 2011

Assalamualaikum.

Ramadhan Kareem : Day 15

aku terima,
aku koyak,
aku sumbat dalam tong sampah,
aku pergi,
aku tak minta maaf,
tapi sekarang aku nak mintak maaf.
Sorry T_T

Sunday, August 14, 2011

Kad Raya + Duit Raya Fairus Ibrahim

Assalamulaikum

Ramadhan Kareem : Day 14

Ini ada kaitannya dengan entri semalam yang tajuknya Kad Raya Wujud Lagi Ke Tak?

As I wrote dalam entri di atas, aku teringin sangat nak dapat kad raya. Bunyinya sangat terdesak macam orang nak kumpul duit kahwin tak? Huewhuew:)

Kalau rasa anda cool/gorgeous/hebat/terhangat di pasaran, sila klik banner kat bawah ni okay:`)


Kalau lah aku dapat hadiah pertama, aku akan dapat kad raya besarrr punya yang ada tersemat sound system sekali. Smart bebeh. Nak lagu Anuar dengan Elena tu boleh tak?Hihi, dan kalau lah aku dapat hadiah pertama tuh, maka akulah orang bertuah dapat duit raya lebih awal daripada biasa*tangan didada, mata keatas*

Tapi, kalau lah aku tak menang apa-apa,ada jugak yang aku dapat. Dah dapat pun sekarang youh. Dapat singgah ke belog Fairus Ibrahim dengan belog Cikgu Fiqrie (yang hot, Im not joking sebab beliau sendiri yang cakap cenggitu kat kolum About me.Heheh)


Okay geng, lets do something dalam bulan ramadhan ni, berjuang untuk dapat kad raya yang dah bertahun tak dapat.Cewahh! Mari sebar-sebar kan :




Saturday, August 13, 2011

Kad Raya Wujud Lagi Ke Tak?



Assalamualaikum

Ramadhan Kareem : Day 13

Jyeah. Baru je sudah Google resepi Mee Ladna. Tidur malam asyik terindu-rindu dengan Mee Ladna Puncak Alam.Huehue. Kalau menjadilah apa yang aku nak kerjakan kat dapur petang ni, nanti aku share resepi*Sikap orang poyo:)*

Okay,WANI YUNUS menyebabkan aku nak buat entri pasal kad raya. Kah kah kah. Past two days, dia ada text aku tanya my address, aku reply lah bagi alamat dengan penuh harapan di dada mesti Wani nak pos kad raya lettew! Oh indahnya dunia kalau Wani betul-betul nak bagi kad raya. Dah berapa tahun dah tak dapat kad raya der! Asyik panggilan raya je, paling kesian pun SMS raya yang di forward. Sungguh tidak eksklusif!

Dengan tenaga empat kerat yang aku ada, aku pergi selongkar almari segala untuk cari kad raya. Malangnya, kad raya yang kawan-kawan bagi dulu semua dah ghaib. Yang tinggal, semua yang suci bersih lagi ni,






Apa yang musykilnya sekarang, ada lagi ke orang nak pos kad raya laa ni? Kesian abang posmen takde kerja nak buat time puasa-puasa cenggini! So, apa yang kita perlu buat? Jom kembalikan tradisi pos kad raya? Sokong Pos Malaysia, cewahh!

Wednesday, August 10, 2011

Stop Blaming People


Assalamualaikum.Selamat Hari Rabu:`)

Ramadhan Kareem : Day 10

Please stop blaming people. Diri sendiri tak tahu perkara yang sebenarnya berlaku, tetapi mulut rancak cakap benda yang tak pasti betul atau tidak. Nobody’s perfect man! Everybody makes mistakes and they were not born to make mistakes. Jangan asyik mencari kesalahan orang lain tanpa mengetahui perkara disebaliknya. Mulut-mulut kategori longkang hanya akan merosakkan keamanan orang lain. What we need to do is just duduk diam-diam, jaga hal sendiri. Contoh yang paling dekat dengan masyarakat sekarang.


SITUASI 1

source:Google image
"Stop blaming Rebecca Black sebab dia nyanyi lagu paling teruk di dunia.Har har har. Walaupun aku rasa macam nak hantuk kepala kat dinding kalau dengar lagu Friday, tapi buat muka cool je sambil monolog 'hoi,boleh pergi jauh budak ni', hihi".

SITUASI 2 

source:Google image

"Stop blaming Fatin Liyana aka FL kalau korang rasa dia gedik.Kalau dah perangai semulajadi dia macam tu nak buat apa ngeng?"


SITUASI 3

source:Google image

"Stop  blaming Dr Rosti sebab beliau letak jawatan kemudian berlaku huru-hara kecil di UNISEL"


SITUASI 4



"Stop blaming me kalau uols rasa i did something wrong but actually,percayalah iols tak berniat pun untuk buat perkara yang uols rasa salah tuh"



See? Perkara yang nampak agak remeh. Tapi perkara-perkara remah ini lah yang orang dok canang-canang dalam forum-forum bebas alam maya except Situasi 4 tu lah, agak Bimbo untuk siapa yang memulakannya. Dangggg:`)


So, live your own life Eyeh Eyeh. Jangan sibuk-sibuk nak meriahkan hidup orang yang lain dengan cacian/makian/prasangka buruk.

Have a nice day People:`)

Monday, August 8, 2011

Hantaran Dulu dan Sekarang


Assalamualaikum.
Ramadhan Kareem: Day 8

Kalau nak ikutkan tradisi orang Melayu, hantaran adalah salah satu perkara wajib ada dalam Majlis Bertunang dan Majlis Perkahwinan.Plus, hantaran wajib ada, of course lah tepak sireh. Biasanya, jumlah hantaran depends on bride and groom to-be tu lah, tiada paksaan, no no no! Generally, jumlah hantaran daripada bride’s side adalah lebih banyak daripada groom’s side. Tidak terlalu noob untuk siapa yang tak tahu, cuma aku je yang sibuk-sibuk nak ambil kisah, satu kisah ‘terlebih sudah’ di situ ya! 

Kenapa aku nak tulis tentang hantaran?I’m only 18 not 19 yet youh, sangat tidak bagus untuk berbicara soal orang dewasa cenggini, Ewah ewah*tangan didada dan mata ke atas*.


Okay, here we go about the hantaran. Renung kembali zaman-zaman purba kala punya hantaran

  • Beli coklat susan sampai jadi bentuk KLCC.Tak dapat KLCC, Tabung Haji pun boleh!Coklat nye pulak coklat yang panjang-panjang tuh siap tambah Jelly Ball kasi cun sikit.
  • Aneka jenis buah-buahan. Tidak kira tempatan atau antarabangsa. Digabungkan dalam satu basket. Untuk tampak lebih real lagi, kilatkan dulu buah guna minyak*idk which oil they used.

source:google image
  • Telur. Satu item yang semakin dilupakan dalam majlis besar cenggini.


  • Kain ela/ kain pelikat. Digubah dengan kreativiti yang tiptop sampai jadi bunga or tulang ikan or tengkolok or senapang M16. Boooo tipu tipu tipuuu!


    Dan sekarang, hantaran zaman sekarang.Lebih trendy dan kacak!Cepat pergi ambil pen dan kertas, salin apa yang aku nak list kan nih;)

    • Gadget-gedget terkini.Blackberry, iPad 2, iPhone(lebih canggih lagi,iPhone5 yang dah nak release), Samsung Galaxy SII. Paling capok pun, iPod atau mp4 atau mp3.
    source:google image



      • Cupcake yang comel-comel tulis “JUST MARRIED”.Hihih. Senyum kasi sampai kat telinga.
      source:google image


        • Replika segala bagai jenis kunci. Paling famous, kunci kereta dan kunci rumah. Tak taulah kalau-kalau replika hanya replika atau replika berserta the real item nya;)


        • Set perhiasan diri/kecantikan/kesihatan/wangian. SK- II Japan ,Loreal Paris,Maybelline New York, SimplySiti Malaysia.Hambik kau dari luar sampai dalam negara ada.
        source:google image

          Memang berlaku perubahan dari segi item hantaran yang diberi atau diterima sebagai hantaran. Tapi, yang tak berubah adalah kejujuran/kecintaan/tanggungjawab/keperibadian kepada pasangan masing-masing. Ehem ehem:)

          Thanks for reading. Have a nice day my Sahabat.


          Saturday, August 6, 2011

          Kembang Perawan

          Assalamualaikum.Hello peeps!

          Ramadhan Kareem:Day 6

          Baru jumpa benda yang dah lama aku cari,OST dari filem SEPI. Huehue. Tak tahu lah kenapa aku tak Google or search kat Youtube OST yang satu ni. Bimbo. So,here it is, Kembang Perawan by Gita Gutawa



          "Ketika surya menampakkan cahayanya
          Ku gapai hari terangku
          Menanti sebuah cerita
          Yang pasti akan terjadi di diriku*

          Kini ku mulai mengerti artinya cinta
          Walau senda tawa
          Namun hatiku mulai merasa

          Bila dekat lelaki aku pun malu
          Akulah kembang perawan
          ingin mulai merasa

          Perasaan yang pasti milik semua insan
          Aku mulai jatuh cinta


          Papa biarlah aku
           menikmati semua anugerah
          di hidupku"



          Tuesday, August 2, 2011

          Kebahagiaan Untuk Manusia.

          Assalamualaikum.

          Allah memberi dua jenis kebahagiaan kepada manusia
          1. Kebahagiaan apabila manusia yang berpuasa ingin berbuka puasa.
          2. Kebahagiaan melihat Allah SWT ketika di Hari Akhirat.

          Monday, August 1, 2011

          Tarawikh Pertama,Puasa Pertama 1432 Hijrah

          Assalamualaikum.Gee:)

          Alhamdulillah, malam tadi pengumuman puasa dah dibuat. Tarikh rasmi puasa bagi semua rakyat Islam di Malaysia adalah pada 1 Ogos 2011.The date is just nice. Budak-budak kecik yang baru nak start puasa tak payah nak pening-pening kepala untuk congak bila tarikh nak raya.Jyeah! Tapi ada satu perkara yang musykil semalam, pakcik yang buat pengumuman tu bukan pakcik yang selalu tu lah. Selalunya pakcik ni.


          Tapi semalam orang lain,


          Whatever, itu bukan satu isu yang besar. Dannn, malam tadi aku pergi solat terawikh dengan Ibu. Alhamdulillah, area untuk muslimah di masjid about 75% penuh.Tapi yang ramainya makcik-makcik lah, ada juga makcik  yang dah cop kipas awal-awal. Sanggup membiarkan jemaah yang hina lagi dina seperti aku ini penuhkan saf di depan disebabkan kipas yang sudah mereka cop.Sobs! Nevermind. Sembahyang comes first.Alhamdulillah, semalam imam feveret aku yang lead! Heheh:) Dikesempatan ini, nak minta maaf dekat jemaah-jemaah yang dekat dengan aku semalam kalau-kalau ada bau durian. Huehuehue. Perghh, tengahari semalam aku makan dua biji durian*seorang diri* dan petang tuh aku baham lagi sebiji. Nak habiskan stock doe!

          Pape pongggg, sama-sama lah kita upgrade ibadah-ibadah kita dalam bulan yang mulia lagi indah ini. Ni waktu berbuka puasa dan imsak khas untuk orang Melaka yang stabil dari aspek ratio rakyat lelaki dan perempuannya**tak perlu cari jodoh jauh-jauh**

          *klik untuk tumbesaran*


          Assalamualaikum.Peace youh!
          Petang  ni nak berbuka apa yaa?

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...