Monday, August 1, 2011

Tarawikh Pertama,Puasa Pertama 1432 Hijrah

Assalamualaikum.Gee:)

Alhamdulillah, malam tadi pengumuman puasa dah dibuat. Tarikh rasmi puasa bagi semua rakyat Islam di Malaysia adalah pada 1 Ogos 2011.The date is just nice. Budak-budak kecik yang baru nak start puasa tak payah nak pening-pening kepala untuk congak bila tarikh nak raya.Jyeah! Tapi ada satu perkara yang musykil semalam, pakcik yang buat pengumuman tu bukan pakcik yang selalu tu lah. Selalunya pakcik ni.


Tapi semalam orang lain,


Whatever, itu bukan satu isu yang besar. Dannn, malam tadi aku pergi solat terawikh dengan Ibu. Alhamdulillah, area untuk muslimah di masjid about 75% penuh.Tapi yang ramainya makcik-makcik lah, ada juga makcik  yang dah cop kipas awal-awal. Sanggup membiarkan jemaah yang hina lagi dina seperti aku ini penuhkan saf di depan disebabkan kipas yang sudah mereka cop.Sobs! Nevermind. Sembahyang comes first.Alhamdulillah, semalam imam feveret aku yang lead! Heheh:) Dikesempatan ini, nak minta maaf dekat jemaah-jemaah yang dekat dengan aku semalam kalau-kalau ada bau durian. Huehuehue. Perghh, tengahari semalam aku makan dua biji durian*seorang diri* dan petang tuh aku baham lagi sebiji. Nak habiskan stock doe!

Pape pongggg, sama-sama lah kita upgrade ibadah-ibadah kita dalam bulan yang mulia lagi indah ini. Ni waktu berbuka puasa dan imsak khas untuk orang Melaka yang stabil dari aspek ratio rakyat lelaki dan perempuannya**tak perlu cari jodoh jauh-jauh**

*klik untuk tumbesaran*


Assalamualaikum.Peace youh!
Petang  ni nak berbuka apa yaa?

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...