Saturday, October 29, 2011

Edit Photos Using PhotoScape

Assalamualaikum.Hi!

Disaat minggu depan perlu ambil test Calculus aku sempat mengedit gambar.Apa nak buat, disebabkan weekend depan dah mula midsem break, jiwa aku dah ada kat Melaka tinggal tak masuk dalam rumah je lagi. Tehee. Aku guna Photoscape bukan Adobe Photoshope. Heheh. Edit gambar tidak perlukan kepakaran melampau sangat tapi perlukan kreativiti diri. Aku tengah cuba belajar edit mengedit gambar sebenarnya. Huehuehue >,<


Photobucket
Location : Perlis Indera Kayangan(Konvokesnyen kakak)


Photobucket
LOCATION : R&R Dengkil(Hari Pendaftaran UiTM)



Photobucket
LOCATION : UiTM Shah Alam (Sambutan Aidilfitri 2011)



Photobucket
LOCATION : Zoo Melaka




Wednesday, October 26, 2011

Berangan Waktu Belajar Thermodynamics

Salam. Happy Deepavali to all Hindu readers

Someone please take me there;)

Sunday, October 23, 2011

Keriangan Bersama Dove Dikongsi Bersama

Assalamualaikum. Hello world.

Coklat.Siapa yang tak suka coklat? Kalau cakap coklat, mesti semua geleng kepala laju-laju macam taufan. Coklat buat gigi anak I jadi rongak lah, coklat buat badan I macam tong dram lah euwww lari boyfriend I.Memang malang lah manusia spesis cenggitu sebab tak dapat merasa salah satu nikmat dunia yang sangat dahsyat. Subhanallah, ciptaan Allah.

Yeah, aku memang suka makan coklat. Abah pun sama, suka makan coklat. Kalau pergi beli barang dapur untuk stok satu bulan lamanya mesti singgah dekat corner coklat. Wajib. Kalau tak coklat pun, dalam fridge rumah mesti ada sekotak ais krim. Oh sungguh nikmatnya dunia kalau duduk kat rumah hewhewhew.

Cakap pasal makan memang takkan pernah habis punya. Silap untuk siapa yang cakap coklat adalah sejenis makan yang tak berkhasiat. Nyah kau, jangan duduk dengan aku pergi lah kau jadi vegeterian sepenuh masa. Pencinta coklat je boleh duduk dekat- dekat dengan aku, pelaying kisshh sikit muahhh hahah.

Khasiat coklat untuk orang yang silap menilai coklat:

  • Dapat mencengah penyakit jantung dan kanser
  • Dapat buat orang rasa tenang akibat stress
  • Menurunkan tekanan darah
  • Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan  mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan sewaktu PMS

See? Hebat kan! Ini pun sikit je, ada banyak lagi khasiat coklat yang semua orang perlutahu. Nanti boleh cerita dekat anak masing-masing betapa nikmatnya coklat, tapi makan coklat pun agak-agaklah sikit. Jangan lah kau melahaps coklat sepanjang masa. Kah kah kah.

Nak makan coklat?Jangan lah makan sorang-sorang bawah selimut. Tak nikmat tuh. Kongsi-kongsi baru rasa nikmat. Nak makan coklat apa? Harus Dove. Perlu ada dalam semua handbag remaja yang dah nak meningkat dewasa macam haku. Kelllasss kau Mariah. Dalam handbag pun nak bawak Dove!

Oh ya. Tadi aku pergi melawat kawan yang baru lepas buat minor surgery sebab appendixs. Pergi dengan Yan, roomate waktu dekat Puncak Alam dulu. Aku belikan dia Dove! Macam aku cakap tadi, keriangan bersama Dove harus dikongsi bersama. Ye,mintak-mintak lah nanti keringan bersama RM10k akan Yan kongsi bersama aku tehee >,<

Seperti keriangan ketika menonton Nur Kasih The Movie dekat GSC Dataran Pahlawan yang dikongsi bersama,
"OMG,Remy Ishak hensem gila doe, kalah mamat Bangla jual karpet yang datang rumah aku semalam" Muka joyah gila haha

Photobucket


Begitu juga keringan ketika makan McD Family Dinner Box dekat Sunway Pyramid
"Control weh. Kita pakai kamera henpon je ni. Brader kat belakang tu pegang DSLR"
"Man, brader pegang DSLR snap gambar kita lahhh. Cabut weh. Malu gila.Sedar diri takde DSLR lagi haha"

Photobucket


Dan, finally, ofcourse keriangan bersama Dove! Rasai kenikmatannya bersama-sama orang tersayang.Dove mampu kurangkan stress yang melampau akibat assignment, tutorial, quiz dan test yang tak jemu-jemu nak kacau hidup orang.

Photobucket

Tuesday, October 18, 2011

[RESEPI] Jom Cuba Buat Macaron

Assalamualaikum. Hello untuk semua yang kuat makan!

Hormon aku kurang stabil sekarang. Asyik fikir pasal makan je. Loker pun dah penuh dengan makanan sampai aku rasa malu nak bukak loker yang kemas lagi indah ni besar-besar.Kahkahkah. Oh tolonglah macam mana nak atasi nafsu makan ni?

Tadi dalam kelas ada member baca majalah NUR, then dia bukak dekat bahagian resepi-resepi. Jumpa lah resepi Apam Polkadot, semangat gila nak salin resepi tuh aku pulak dengan bangga gila cakap "Hoi aku dah pandai buat apam polkadot ohooi" Sambil angkat kening buat muka nak kena terajang. Heheh

To those yang belum tengok entri Apam polkadot aku boleh tekan sini . Ohoh thats the most popular post in my blog cewah >.<

Tapi tadi aku tiba-tiba je rasa macam nak belajar buat moroccon ehh silap macaron lah. Asyik salah sebut je.



source: Google image


Jangan marah sebab aku letak gambar gedabak gamaknya.Saje nak keluarkan saliva orang pengkuat makan yang seangkatan dengan aku.
 Tidak tidak tidak! Betapa pelahap nya nafsu makan waktu ini. God save me.
Cuti midsem akan datang mesti kena belajar buat ni. Tak kiralah jadi ke tidak. Nak jugak buat ohoh:) Jom ramai-ramai panas kan dapur rumah okay. Lets rock our kitchen Jyeah!

Nak try resepi macaron?Jom tengok kat My Resepi.com. Website favourite Ibu aku kalau nak cari resepi baru:)

 p/s: Makanan mesti makan untuk minggu ini, steamboat & sphagetti. Oh someone please be my food counselor.


Sunday, October 16, 2011

Kemahiran Insaniah Vavavooommm!

Salam. Hello world.

Yeah, sekali lagi. hujung minggu aku dicuri oleh aktiviti wajib pergi dekat UiTM ni. Patutnya hujung minggu adalah waktu untuk aku bermanja-manja dengan katil. Tapi sadis gila, terpaksa bangun awal. sebab kena pergi Kemahiran Insaniah(KI). Huuhh.Mak ok jer!

Tentang KI?Aku baru sedar selama ni aku banyak habiskan masa dengan Facebook aka Muka Buku. Duduk berjam-jam mengadap memang buat kerja aku bertimbun-timbun macam bangunan KLCC oh tidak UiTMCC mungkin. Heheh. Sampai aku rasa macam nak delete akaun Facebook pulak. Booo. Risau nanti orang cakap  aku anti-sosial lak. Boooo lagi. Har har har. Tapi, mungkin impossible untuk aku delete akaun Facebook sebab dekat Facebook lah tempat aku nak manja-manja gedik-gedik paw paw kawan-kawan lama. And guess what?Dari Facebook jugak, aku dapat kawan balik dengan cousins yang dah lama tak contact. Ahh, berjiwa kekeluargaan sangat lah >.<

Dan tentang KI lagi? Okay lah. Fasi aku Encik Jeffri yang super duper awesome lepaks lepaks jew. Best! Takde lah rasa pressure sebab kena datang KI.Dan sekali lagi aku buat presentation lagi tadi. Sorang-sorang lagi. Kelllass kau Mariahh! Wehhoo.Aku taktau dari mana confident datang. Even presentation simple bertajuk "UiTM 25 Tahun Akan Datang" pun, I feel proud of myself because I can stand infront of the class and talk(not-so-fluently pun) Hohoh. Itu pencapaian yang boleh dibanggakan. I'm practising myself to be better person within this 4 years. Kata nak jadi Chemical Engineer. Tangan didada mata ke atas:)

Kerinduan terhadap isi rumah sudah boleh dikawal sebab ptptn dah masuk. Dah boleh beli webcam untuk rumah so that kami boleh berjimba-jimba dan boleh berjakun-jakun bersama depan webcam. Hahah. Tolong booo aku!
Thats all untuk entri ini. Cheer your day up, and do smile because there's someone who loves to see  your smiles.
Sila senyum senyum senyum macam aku:) 




Friday, October 14, 2011

Bercinta dekat Facebook, Putus dekat Twitter

Assalamualaikum. Hello peeps.

Hahah. Muka dah macam tali tangsi sebab hari-hari mendatang akan hidup seperti Perdana Menteri.Sibuk 24/7 dengan assignment, test, quiz dah bagai yang seangkatannya dengan. Tapi, tadi aku jalan-jalan dekat belog NisaKay, terjumpa satu video yang boleh tahan kelakar gamaknya. Geli usus aku dengau lagu Putus dekat Twiiter ni.


First thing first better kalau uolls dengar dulu lagu Najwa Latif ini dulu.


Dah  dengar? Jom dengar sambungan lagu ni



Hehek. Lawak lah.  Kalau gelak tutup mulut tau. Kang lalat masuk, susah hidup. Have a nice day people. Aku rindu isi rumah lagi.


Tuesday, October 11, 2011

Favourite Songs

Salam. Hello peeps.

Dikala aktiviti belajar semakin sesak. Aku nak jugak update blog. Hek hek. Yah, I currently listening to:

  • Niskala by Azri AF9
  • Arms by Christina Perry
  • Wish You Were Here by Avril Lavinge
  • Tiga Kata by KRU
Memang mp4 gua asyik main 4 lagu ni je. Tunggu bosan nanti adalah lagu lain yang jadi favourite aku.Hehe. Have a good day people:)





Sunday, October 9, 2011

Homesick.

Salam. Hello people.

Aku rasa aku homesick lah. Serius tak tipu. Tetiba meleleh je air mata siap dengan mucus sekali. Kreh kreh kreh. Padahal tadi baru je balik Shah Alam.Ni lah, KPT bagi lagi cuti lama-lama sampai 6 bulan. Siapa suruh?Ada aku suruh?Hambek kau. Aku dah homesick. Nak balik rumah!! Sobs.

Wednesday, October 5, 2011

PESAWAT live @ UiTM Shah Alam

Assalamualaikum.Hello people

Har har har. Aku baru balik dari tengok Pesawat perform dekat Dataran Cendikia UiTM Shah Alam. Pesawat perform kat sini sebab ikut roadshow YES 4G. Ohh please dont ask me what is YES 4G. Sila lah Bing sendiri. Mesti ramai yang tak kenal band Pesawat kanngg? Aku tengok kat fanpage Pesawat tak ramai lagi yang tekan button like tuh. Orang-orang yang nak jalan-jalan kat fanpage Pesawat boleh klik kat banner bawah ni:)


Hoop hoop horeay. Pesawat ni memang favourite band aku sejak azali lagi. Booo tipu!! Krooh krooh krooh. Pesawat ni band baru lah. Bukan baru sangat lah tapi setakat ni diorang dah jauh lah buat show sampai ke Hong Kong, Indon,etc. 

Show tadi kira okay lah.Crowd pun okay. Jantung aku macam nak tercabut segala telinga rasa macam nak pekak je bila berdiri betul-betul depan stage tadi. Tapi layanss Pesawat punya pasal.

source:Fanpage Pesawat

Takde gambar original dalam entri kali ini sebab memory card phone aku dah rosak.Ni lah nasib remaja muka suci takde DSLR(berazam nak beli jugak) Heh Pesawat memang awesome bebeh. Ni lagu memang super duper favourite aku sepanjang masa. Ahaks:)




Tuesday, October 4, 2011

EUC 2011(Siapa hensem?Budak Engine)

Assalamualaikum.Hello guys and ladies sekalian yang membaca cerita dalam belog:)

Hoh dalam kecelaruan hidup yang melampau akibat weekend yang telah dicuri oleh Engineering Unity Carnival 2011(EUC2011) aku masih sempat nak buat report dekat sini. Har har har.

source: FB EUC 2011

Assignment ke mana, baju berbakul-bakul tak basuh, plus aktiviti berjimba yang macam agak tak menepati syarat memang buat aku sasau sekejap dalam minggu ni. Chillax bebeh:)

Mari cerita pasal EUC 2011. Mula-mula memang rasa macam haram bagai je. Tapi bila dah lastday baru rasa semangat budak engine. Heh heh oh aku bukan budak masscom.Aktiviti quite interesting but somehow aku rasa sukaneka yang organisation handle macam bukan untuk budak engine je. Dah macam kanak-kanak ribena pulak aku rasa.Kau hado? Huehuehue.

Ada jugak Alumni Engine yang datang jenguk freshie freshie muka suci ni. Pergh aku salute gila lah kat diorang. Muka semua macam gengster Shah Alam, datang pakai tshirt ala-ala Pagoda plus jeans lusuh plus selipar jepun tapi duit dalam poket ohoi siapa lah tahu berkepul tebal mana weh. Muka macam gengster tapi siapa je tahu yang diorang ni tauke supplier barang-barang Proton ke UK, etc. Kau hado?Itulah budak engine, ganas tapi hensem. Okay fine, takde kena mengena.

 The best part ever adalah on the last night of the carnival. Kami semua budak-budak engine dapat pentauliahan sebagai budak engine. Ceh angkat muka tanda bangga. Hambik kau, semua kena baling dengan tepung bagai. Poyo gila je suruh freshie freshie muka suci ni pakai baju kacak-kacak dan makeup segala rupanya nak kena baling dengan tepung hoi. Kau hado? Sabo jelah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...