Monday, March 28, 2011

Uncle Slocumm's Recipe

Assalamualaikum.Hai

Pernah tak dengar Uncle Slocumm's Recipe?Haa,kalau tak tahu pergi lari laju-laju dan tarik kuat-kuat plastik roti Gardenia lepastu bukak mata besar-besar tengok betul-betul ada tak dia tulis Uncle Slocumm's Recipe kat situ.Dang dang dang;)Muchooaa.Siapa je yang berani cakap roti Gardenia tak sedap, hangkat kaki sekarang juga. Aku boleh kenyangg without rice but in the presence of Gardenia maii. Lagi-lagi zaman catuan makanan time kat Palam dulu. Haha!Beli set Jumbo untuk 4-5 hari punya makan. Konfem tak lapar. Kalau nak lagi sedap makan le roti Gardenia sambil dengar iklan dia.Ibuuu! Memang terbaik wokk dan memang sungguh lazat. Nikmat makan tuh>.<


Dan apa yang aku nak cerita dalam entri ini adalah perihal roti Gardenia yang Choco Raisin tuh.Pernah beli tak?Try lah. SEDAP.**aku apa je yang tak sedap.Maggie yang dah kembang pun aku tibai**Aduh! Makan sekali mesti rasa nak sumbat dalam mulut banyak-banyak lagi;)



Kalau dulu, aku selalu beli Butterscotch Gardenia.




Sebab aku pikiaq Butterscotch adalah makanan paling sedap selepas Maggie Tomyam.Tapi sebenarnya, yang Choco Raisin tu pun sedap jugak moii.Hihi.Tapi rasanys manis sikit lah sebab coklat kann.
Dan kalau seingat aku lah kan dulu dulu dulu Gardenia pernah jugak produce Mexican Bun tau.Howawawa.Nikmat makan sekali lagi terasa.Fulawehhh.Rasa macam nak buat part-time kat kilang Gardenia pulak dahhh/



Ini nikmat makanan dunia yang memang tak sah kalau korang tak rasa:

  1. Cheese Tart/**eheehee.Hadaoi oi oi.Sedap gila.Lagi-lagi yang baru keluar dari oven. Tak panas sangat dan tak sejuk sangat.Nak nangis lah. FYI, aku tengah belajar nak buat cheese tart tau.Tung tung ada brand Cheese Tart Chique.Sila beli ye.Strawberry is prety delicious than Blackberry dan Rabbeca Black.Adeh salah lagi. Ini yang betul " Strawberry is pretty delicious than blueberry".






  2. GARDENIA- Butterscotch dah Choco Raisin*as stated above:)*
  3. Maggie Tomyam.Tambah lagi rasa nak nangis.Sedap! Wani Yunus cakap rasa maggie tomyam sama macam gulai mak dia.haha/



  4. Spaghetti.Tak kisah lah sape yang masak.Ibu aku nye spaghetti boleh tahan jugak.Hihi.Kalau letak cheese sekampung atas tu lagi super duper power sedap.Ini kalau makan Lee Min Hoo duduk sebelah pun tak perasan. HAHA!



Ini hanya nikmat makanan yang harus dicuba. Tapi:

"My favorite food is always my ibu's cooking"

Kesimpulannya, nafsu makan semakin membuak-buak sekarang ye.Tahan tahan.
Sekian;)




Saturday, March 26, 2011

Sohaimi Mior Hassan

Assalamualaikum.Hai

Baru sahaja kenal siapa Sohaimi Mior Hassan.Haha.Gila batak! Sebelum ni asyik dengar lagu dia dengan si Ana Raffalie je, tak kenal pun sapa yang menyanyinya.Hahak. Aku membayangkan Sohaimi Mior Hassan tu muda remaja lagi, tapi dah boleh jadi pangkat datuk rupanya.Tapi, even dan berusia pun , tetap gantang la maii:)

Ini dia orangnya,ehem ehem.



Friday, March 25, 2011

Ini Memang Terbaik

Assalamualaikum.Hai

Alkisahnya, aku terjumpa video kat bawah ni kat Facebook.Orang share, aku view je lah.Dah lama kot.Entah bila pun aku taktau.

.: Majlis Persandingan Hazriq & Nurul :. from cstproduction on Vimeo.



Sejak tengok video ni,aku dah eager gila nak tau apa ni?Siapa yang produce benda jadah ni?Apa yang diorang guna untuk produce benda jadah ni?Dengan segala ejen pencarian yang ada kat muka bumi ni, aku memerah keringat untuk ambil kisah dalam gejala ini**sila abaikan yang memerah keringat tuh.HEEE**

Company yang buat benda-benda ni semua adalah CST Production.Ada banyak lagi company yang lain yang buat videos yang cenggini, tapi aku lagi super duper suka kat CST Production sebab diorang guna fully DSLR Camera.Huwawaawa,memang mantap lah semua video diorang.So, kalau sapa-sapa yang nak usha-usha diorang boleh tekan sini.

Waktu-waktu cuti sekarang ni memang syiok lah aku nak layan videos yang aku dah tertinggal-tinggal time zaman Uitm dulu.Haha. Nak qada' kan semua video yang termiss. Kalau hampa dah bukak link yang aku bagi kat tadi, hampa perasan tak kat web tuh 3 branches. Satu Mukhriz Latif, CST Production dan Udey Ismail.Kan kan kan?Mukhriz Latif & Udey Ismail tu photographer. Hebat oiii. Aku jeles dengan diorang. Agak-agaknya time kecik-kecik dulu mak diorang bagi makan apa entah ye, dah besau pandai ambil gambar.

"Untuk pengetahuan umum, aku minat gila dengan photography, teringin gila nak belajar guna DSLR.Tapi, I think i dont have talent in photography"

Mukhriz Latif tu Lomographer jugak.Hampa tau tak apa jadah nye lomography? Lomography ni sama jugak macam photography biasa but the difference is the usage of camera.Kalau lomography guna camera lomo.Camera lomo tu apa?Camarea lomo tu camera yang guna filem.Faham dak?Ala yang camera zaman dahulu kala tuh.Zaman-zaman Jepun dan British dulu.Takkan dah lupa kot/Haha. Apa yang aku bebel ni aku hentam je tau.Kalau nak tahu lebih google la sendiri ye semua.


Ini camera lomo


Dan, ini hasilnya.Tolong cakap picture kat bawah ni cun sebab memang cun pun kan/







Lomography tak perlu edit guna photoshop or yang seangkatan dengan nya.Ianya natural.Chewahh.Heee:)

Okay berbalik semula dengan CST Production tadi.Kalau korang bosan bosan dan takde kawan untuk berjimba bersama kan kan kan, pergilah usha video diorang,Kadang-kadang diorang ada jugak bukak bengkel on how to use the DSLR.Tapi aku memang tak boleh join lah,DSLR pun tarak, nak buat apa je kat sana nanti.
Ini lagi satu baru jumpa kat Youtube, bukan produce by CST tapi dari Manggis Production.Enjoy watching.




DSLR idaman kalbu.Kalau sapa-sapa yang tengah perah otak pikiaq nak bagi aku present pe untuk birthday aku tahun ni.Ini adalah jawapan nya.HIHI>.<


Thursday, March 24, 2011

Jom Sokong Datuk Jimmy Choo

Assalamualaikum. Hai

Sihat semua? Aku?Alhamdulillah, makanan yang ada kat rumah sudah mampu buat aku sihat sesihat-sihatnya. Memang tahniah lah, jadual makan semakin ketat dan padat sungguh.Haha.Selagi takde kerja, selagi tu la aku makan dengan ganasnya.Tak perlu gelak sangat sebab nafsu makan memang sangat dahsyat gaban punya.Hihi>.

Do you ever heard about Jimmy Choo?Do you know what are his contributions towards fashion?Sincerely lah kan, aku pun bukannya kenal sangat pun dengan Jimmy Choo ni.Hello hell-o, he already got Datuk.Correction:Datuk Jimmy Choo.Nak tau tak bila masa aku dengar nama Datuk Jimmy Choo nih?Dalam lagu Shontelle-Tshirt ni ha! Curious punya pasai, aku Google dan Bing lah sape Jimmy Choo ni.He is a Malaysian ouhh.Wowww.Memang hebat!


Dahsyat dan superb sekali! Designs nye semua international oi.Baik punya! Lets have a short brief about Datuk Jimmy Choo/

Source:Wikipedia.com

Dato' Jimmy Choo OBE, born Choo Yeang Keat, (Chinese: 周仰杰) [1] is a Malaysian fashion designer based in London, United Kingdom. He is best known for founding Jimmy Choo Ltd that became known for its hand-made women's shoes.

Choo was born in Penang, Malaysia into a family of shoemakers. He is of Chinese Hakka [2] descent. He made his first shoe when he was 11 years old. He is perhaps the most notable of students of Cordwainers Technical College in Hackney from which he graduated in 1983. (The college is now part of the London College of Fashion.) Choo has divulged that he worked part-time at restaurants and as a cleaner at a shoe factory to help fund his college education.

Jimmy Choo's beginnings can be traced back to his workshop in Hackney, North London, which he opened in 1986 by renting an old hospital building. His craftsmanship and designs were soon noticed and he came to the verge of international notability when his creations were featured in a record eight pages in a 1988 issue of Vogue magazine. Patronage from Diana, Princess of Wales from 1990 onwards further boosted his image.

In 1996, he co-founded Jimmy Choo Ltd with British Vogue accessories editor Tamara Mellon.

In April 2001, Choo sold his 50% stake in the company for £10 million. He has since been concentrating his work on the exclusive Jimmy Choo Couture line produced under license from Jimmy Choo Ltd. The Jimmy Choo London line, also known as Jimmy Choo Ready-To-Wear or, simply, Jimmy Choo, is under the purview of Tamara Mellon. The ready-to-wear line has expanded to include accessories such as handbags.

Choo lives in London. He is currently involved in a project to set up a shoemaking institute in Malaysia, where his iconic status is often evoked to inspire budding shoemakers and fashion designers. His company Jimmy Choo Ltd. produces some of the most expensive high-end shoes.



Tapi sayang sekali, jenama Jimmy Choo bukan lagi hak milik Datuk Jimmy Choo. Beliau telah jual jenama hebat tersebut beberapa tahun lalu atas sebab-sebab tertentu.Dan sekarang, Datuk Jimmy Choo is wishing to buy back his brand. Go go Datuk.Go and bring back your brand to Malaysia. Kenapa aku semangat sangat ni? Sebab aku minat gila dekat kasut ni haa.



Haha. Baru je usha usha kat website Jimmy Choo terus jumpa kat kasut cun ni ha.Lawa meyh/// Hai.So, awek awek kat luar sana dah boleh rajin-rajin kan diri tengok brand Jimmy Choo ni semua. Nanti nak mintak barangan hantaran tok seh nak pening-pening kepala.Hahak!Demand brand Jimmy Choo je cukup.Weeee;)

Takde lah,sebenarnya bukan apa pun.Aku memang sokong pun jenama Jimmy Choo dibawa balik ke Malaysia. Sapa tak bangga kalau international brand dijenamakan oleh orang senegara sendiri. So, Datuk Jimmy Choo pun dah semangat nak beli balik jenama hebat ni dan beliau perlu sokongan rakyat Malaysia untuk membantu beliau. Jom sokong Datuk Jimmy Choo**mungkin kalau jenama akan murah sikit kalau Datuk dapat beli jenama ini semula.Hihi** Takpe lah, kalau tak dapat kasut yang kat atas tadi pun takpa, dapat yang kat bawah ni pun takpe







Muchooaa.Mata aku dari tadi tak stop blinking.EHEEE.nak nak nak kasut ni.Okay aku seru lagi sekali, aja aja fighting Datuk Jimmy Choo!Goodluck Datuk!


p/s:Perhatian!Tolong jangan bawak aku pergi shopping kasut sebab aku sangat cerewet kalau pilih kasut dan sangat gila kasut.Sekian.

Monday, March 21, 2011

Sesawang Wajib Singgah

Assalamualaikum.Hai

Just wanna share about the sites yang aku wajib singgah setiap hari. Kalau tak singgah rasa macam hidup tak lengkap ouh! Nak tahu apa?Check it out/
  • Facebook.Kalau on lappy je mesti terus login Facebook.Check the notifications and pokes.Wish birthday kengkawan dan start deleting the unknown friends. Haha. Jahat gila! Tapi semenjak dua menjak ni Facebook is getting so bored.Dont know why lah.

  • Blogspot.Haaa.Sudah semestinya aku pasti akan login akaun Blogspot panahan jiwa ragaku.Blog wajib tengok mestilah blog model super duper tinggi dan cun ohoii Hamis Jalikha dan blog abe hensem Zack Zuhairi.Awesome!Hekhek
  • Dan bagai yang seterusnya ialah bHarian.com.Ini memang wajib terjah. Lagi lagi lah kalau time kat Uitm dulu, kalau tak bukak, memang jadi macam katak bawah tempurung lah haku. Sampai kan haritu Datuk Lee Chong Wei masuk All England pun taktau. Aleh aleh je dah menang.Haha!You go Datuk!



Heee:) Itu sahajo lah untuk aku menceceh hari ini

p/s: kat rumah sangat bosan.Nak balik Uitm balik! and and My Superman just got a baby girl on 19th March.Wehooo.Congratulations brader!

Sunday, March 20, 2011

Makhluk Yang Pasti Aku Rindu

Assalamualaikum.Hi

Hari ni, last day aku kat Uitm Puncak Alam. Hoii sedih lah nak tinggalkan Puncak Alam nih. Kat rumah nanti mesti bosan tahap maksima yang melampau punya. Arghh. TAKDE kawan untuk pergi beli makanan bersama, kawan untuk makan bersama, kawan untuk share makanan bersama, kawan untuk tidur dan digondam bersama**waniyunus/hihi:)**, kawan untuk disorakkan selipernya**Fify & Aien Raffali** kawan untuk jenjalan bersama, kawan untuk melepak bersama, kawan untuk gosip bersama, kawan untuk bermidnite movie di bilik Waniyunus bersama, kawan untuk joging bersama dan yang paling penting kawan untuk BERJIMBA-JIMBA bersama.Makk hoii, sedih sedih sedih sedih. 6 months without friends beside me. Grrr. How can I survive mann?

******************************************
{stop typing}
"Aien Raffali just came to my room.HoooMaiiii!She's cried.She's hugged me. Argggghhh.Lagi sorang tinggalkan kan aku. Tahap kesedihan bertambah lagi. Sekali lagi Argghhhh. Aku tak boleh tengok orang menangis. Mannn,hidung dah start merah-merah ni./Cool. Rilek. Tak macho lah menangis time time cenggini.Okay then, bergenang sahaja.

******************************************

Lets move on with the story of "Makhluk Yang Pasti Aku Rindu".

Sudah semestinya kawan-kawan kat Palam akan aku rindu. Siapa je yang sanggup cakap:

"Hahhh?Kawan Palam? AHH rilek ler brader.Kawan tu kat mana-mana pun sama je,Lu tok seh le nak sedih-sedih bagai.Alahh Lu nii cakap je lebatt. Sat gi, Lu dah blah dari sini, Lu lupa punya kat kawan-kawan Lu kat sini punya lah!"

Dan kalau lah orang cenggini ada depan aku, hambik kauu ni ha:

"Ehh Lu ni.Jadahnya cakap cenggitu.Lu dah berapa lama hidup hah?Sepak kangg. Kawan bukan sama lah.Kawan macam-macam jenis perangai tauu.Lu apa tahu?Lu yang cakap lebatt lah. Lu kisah apa? Lu cakap lah pape punn, Wa tetap rindu kat kengkawan Wa dekat Palam."

Kawan memang tak sama. Pergi lah sejauh Zimbabwe pun, kawan kamu kamu yang baru kamu jumpa tidak akan sama dengan kawan-kawan kamu kamu yang lain tau. Tolangg lah percaya. Ini bukan kes tipu. Entri ini bukan entri sengal-sengal ayam aku yang macam sebelum ni.Ini seriuss maaa!HAHA.

Ini dia makhluk yang pasti aku akan rinduu. Kepada makhluk yang berkenaan, sila rindu aku juga tau.



Dinner Asasi;

Semester 1:


Lab Session;




P5 and Madam Halaliza yang banyak berjasa:


Geng Hati Malaya without Nabil:


My ex housemates


Roomateku Ashaa;)


My Separuh Hati. HAHAH;)

Okay, stop dulu kat sini. Here are all my belongings.Kahkahkah, ngamokkss lah Abah kang barang anak melampau lampau tahap gaban.


Hampa tengok ni, kasut je dah berduyun-duyun,yang dalam paper beg Mr Potato tuh pun kasut jugak!.KAHKAHKAH.



OKAY.Selamat tinggal Uitm Puncak Alam dan makhluk-makhluk yang dinyatakan di atas. Anda semua dah masuk dalam Kotak Memori Superb Indah aku.Thanks for everything.Goodbye.

Assalamualaikum.

Saturday, March 12, 2011

Tsunami hits Japan.

Assalamualaikum.Hi

Ya Allah,tsunami has came again.It was 8.9 man!What a big scale? Ini serius.Tak dapat bayangkan keadaaan orang-orang kat sana.Mesti semua tengah takot gila hoii.

Seingat aku lah, TSUNAMI adalah subtopik dalam matapelajaran Kajian Tempatan Darjah 5.Aku belajar tentang tsunami masa tahun 2003 dan cikgu yang ajar tajuk ini adalah cikgu praktikal **nama beliau wa dah lupaa.Teeheee;)**,tapi cikgu Kajian Tempatan yang betul-betul ialah Puan Natrah**Wah, kuat jugak memori aku,Sah!Makan semut banyak pun tiada kesannya sampai ke laaa ni**. Waktu tu aku memang betul-betul nak ambil tahu apa tsunami tuh.Memang bersemangat tahap gaban.Tsunami hape tuh? Tsunami terjadi disebabkan gempa bumi.Gempa bumi berlaku kerana pergerakan struktur tanah dan berlakunya tsunami kerana berlakunya gempa bumi di dasar laut.Struktur tanah yang tidak sekata akan menyebabakan gelombang berlaku dan itulah tsunami dan dan sekali lagi dan kalau masih tak faham mari lihat ini:


Warggh. Lagi satu bakat terpedam dapat dicungkil.Hebat jugak style aku lukih naaa.Pheeewittttt:)Yang ikan tuh abaikan.Dah sah-sah tipu, muka ikan macam nak gelak-gelak senyum.Tapi dialog yang keluaq "Mane laki aku?".Gila bengong.Aku cerita pasal tsunami dekat Japan, tapi ikan kat Japan pandai cakap OMG ke?HAH tiga kali.Berlaku penipuan di situ lagi sekali.Tolong percaya keadaan berlaku sahaja.Abaikan ikan/

Tapi kalau masih tak percaya apa yang aku bebel-bebel dan apa yang aku lukis,mari tengok ini/Source:Wikipedia.com.

Tsunami (津波 bahasa Jepun ombak besar di pelabuhan, Kunrei-shiki: Tunami), sering kali disalah takrifkan sebagai gelombang pasang surut (tidal wave), merupakan satu siri ombak yang berlaku selepas gempa bumi (dalam laut), tanah runtuh, aktiviti gunung berapi, letupan, atau hentaman meteor dalam atau berhampiran laut. Tenaga setiap tsunami adalah tetap, fungsi ketinggiannya dan kelajuannya. Dengan itu, apabila gelombang menghampiri pantai, ketinggiannya meningkat sementara kelajuannya menurun. Gelombang tersebut bergerak pada kelajuan tinggi, hampir tidak disedari apabila melintasi air dalam, tetapi meningkat kepada ketinggian 30 meter atau lebih. Tsunami boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kawasan persisiran pantai dan kepulauan.

Kebanyakan bandar di sekitar Lautan Pasifik, terutamanya di Jepun tetapi juga di Hawaii, mempunyai sistem amaran dan prosedur pemindahan sekiranya tsunami yang serius berlaku. Tsunami boleh dijangka dengan pelbagai institusi seismologi di sekeliling dunia dan perkembangannya dipantau melalui satelit.

Dah faham kan?Lets pray for Muslimins&Muslimats ,My little brothers Yuma&Yoshui and peoples in Japan.Lets pray for their safety.Hopefully they will be fine.InsyaAllah.

Thursday, March 10, 2011

Penggondam Yang Sejati

Assalamualaikum.Hi!

Memang tahniah lah. Akaun Mukabuku kena ceroboh dan sekali gus digondam oleh Aien Raffalie & Boboi /Grrrr.Rasa macam nak geleng kepala laju-laju sebab status tu memang dah sah sah sewel tahap tarooo . Hoi malu gilew*

Mereka menggondam saya.Gondam?hape tuh? Erghhh. Gondam tu seangkatan dengan hack lah, dah kalau hack pun tak tau ape jadah nye, wa taktau nak bilangg ape dah.Cepat lari laju-laju cari Kamus Dewan.



Perghh. Siap nak main lawan lawan kentut lagi meyhh.Hebat~Diorang taktau lagi kehebatan aku.HAHA;)**angkat kening tanda bangga**Komen TB paling tak boleh blah. Gile ouh.Tapi takpelah, aku pun memang dah selalu gila gondam Boboi. Kalau tengok status Boboi yang pelik-pelik dan cakap lebat-lebat tuh semuanya kerja bagai aku lah.

"Sorry Boboi.Jom kongsi katil lagi.HAHA"


Ni sikit jeh.Ada banyak lagi yang aku try carik tapi tak jumpa. Kat ceruk mane tah status tuh semua, penat geledah wall fesbuk Boboi. Mungkin ini saje masa untuk aku gondam kau Wani, nanti nanti dah habis Asasi dah takde sape nak buat kau cenggini.*touched*/

Ade satu lagi benda nak tunjuk;



Karya terhebat sepanjang kat Puncak Alam. Now,I'm asking you to usha usha huruf yang kat celah jari i tuh youhh/ Ye saye! Masih bersemangat Superman FT.Sekian

Sunday, March 6, 2011

Rasa Sahaja.

Salam.
I just realized something yang orang lain tak perasan. In my opinion, lelaki tak macho bila
beli nasi bungkus. Boleh tak bayangkan kalau pakwe-pakwe yg hoii kachak bergaya ala-ala si Apex nie, ehem-ehem;)



yang pakai smart smart siap sangkut tie, jalan gaya model, tuptup lepas beli nasi bungkus. Der,jatuh saham.Rasa macam nak gelak guling-guling je.HAHA

Tapi, kalau aku cakap dengan geng-geng Kapoci, mesti diorang bilang cenggini
"GRRRR. biau le dia nak beli nasi bungkus ke hape ke. Janji dia makan"/. Then, baru aku tepikiaq. Kalau husband aku yang beli nasi bungkus***sebab aku malas masak***, takkan husband aku tak macho jugak? Oouh tidak tidak tidak. Statement lelaki tak macho bila beli nasi bungkus ditarik balik.Sekian.

Tuesday, March 1, 2011

Aku Tahu Kau Hebat.

Salam.
Memang kau hebat.Memang kau kau hebat.Memang kau hebat. Semua orang tahu kau hebat.Tapi boleh tak kan kalau kau tak perlu buat-buat hebat untuk orang sedar yang kau hebat. Just being natural, thats so good, then people will respect you as orang hebat and good-hearted homosapien.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...