Saturday, March 12, 2011

Tsunami hits Japan.

Assalamualaikum.Hi

Ya Allah,tsunami has came again.It was 8.9 man!What a big scale? Ini serius.Tak dapat bayangkan keadaaan orang-orang kat sana.Mesti semua tengah takot gila hoii.

Seingat aku lah, TSUNAMI adalah subtopik dalam matapelajaran Kajian Tempatan Darjah 5.Aku belajar tentang tsunami masa tahun 2003 dan cikgu yang ajar tajuk ini adalah cikgu praktikal **nama beliau wa dah lupaa.Teeheee;)**,tapi cikgu Kajian Tempatan yang betul-betul ialah Puan Natrah**Wah, kuat jugak memori aku,Sah!Makan semut banyak pun tiada kesannya sampai ke laaa ni**. Waktu tu aku memang betul-betul nak ambil tahu apa tsunami tuh.Memang bersemangat tahap gaban.Tsunami hape tuh? Tsunami terjadi disebabkan gempa bumi.Gempa bumi berlaku kerana pergerakan struktur tanah dan berlakunya tsunami kerana berlakunya gempa bumi di dasar laut.Struktur tanah yang tidak sekata akan menyebabakan gelombang berlaku dan itulah tsunami dan dan sekali lagi dan kalau masih tak faham mari lihat ini:


Warggh. Lagi satu bakat terpedam dapat dicungkil.Hebat jugak style aku lukih naaa.Pheeewittttt:)Yang ikan tuh abaikan.Dah sah-sah tipu, muka ikan macam nak gelak-gelak senyum.Tapi dialog yang keluaq "Mane laki aku?".Gila bengong.Aku cerita pasal tsunami dekat Japan, tapi ikan kat Japan pandai cakap OMG ke?HAH tiga kali.Berlaku penipuan di situ lagi sekali.Tolong percaya keadaan berlaku sahaja.Abaikan ikan/

Tapi kalau masih tak percaya apa yang aku bebel-bebel dan apa yang aku lukis,mari tengok ini/Source:Wikipedia.com.

Tsunami (津波 bahasa Jepun ombak besar di pelabuhan, Kunrei-shiki: Tunami), sering kali disalah takrifkan sebagai gelombang pasang surut (tidal wave), merupakan satu siri ombak yang berlaku selepas gempa bumi (dalam laut), tanah runtuh, aktiviti gunung berapi, letupan, atau hentaman meteor dalam atau berhampiran laut. Tenaga setiap tsunami adalah tetap, fungsi ketinggiannya dan kelajuannya. Dengan itu, apabila gelombang menghampiri pantai, ketinggiannya meningkat sementara kelajuannya menurun. Gelombang tersebut bergerak pada kelajuan tinggi, hampir tidak disedari apabila melintasi air dalam, tetapi meningkat kepada ketinggian 30 meter atau lebih. Tsunami boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kawasan persisiran pantai dan kepulauan.

Kebanyakan bandar di sekitar Lautan Pasifik, terutamanya di Jepun tetapi juga di Hawaii, mempunyai sistem amaran dan prosedur pemindahan sekiranya tsunami yang serius berlaku. Tsunami boleh dijangka dengan pelbagai institusi seismologi di sekeliling dunia dan perkembangannya dipantau melalui satelit.

Dah faham kan?Lets pray for Muslimins&Muslimats ,My little brothers Yuma&Yoshui and peoples in Japan.Lets pray for their safety.Hopefully they will be fine.InsyaAllah.

0 orang bergebang:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...